in

Ellie Suriati Yakin Video ‘Semburit’ Tulen, Guna Pengalaman Buat Filem Untuk Analisis Video

Ellie Suriaty

Lama sudah kita tak dengar tentang Ellie Suriati, pelakon dan pengarah yang pernah viral dulu gara-gara sering muncul di mahkamah ataupun apa-apa majlis yang melibatkan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya.

Setelah lama mendiamkan diri, beberapa hari lalu, Ellie menarik perhatian ramai dengan memuat naik video di Youtube mengulas tentang kesahihan video ‘semburit’ didakwa seorang ‘menteri’ dan Haziq Aziz. 

 

“Kalau nak edit, dia kena banyak angle. High angle, top shot dan sebagainya” 

Menurutnya, jika nak edit sesuatu video, ia sepatutnya memerlukan beberapa sudut rakaman.

“Kalau nak edit, dia kena ada banyak angle (sudut). High angle, top shot, frontal, title shot dan sebagainya, jadi bila kamu edit, baru dapat bermacam-macam angle,” katanya.

Blo
sumber: blog

Walau bagaimanapun, video tersebut tak guna mana-mana angle di atas tetapi hanya menggunakan wide angle (sudut lebar) dan kamera yang gunakan juga berada dalam keadaan statik.

Dalam pada tu, dakwaan yang mengatakan video tersebut menggunakan body double juga tak logik sebab untuk shot terbabit, video tu perlukan beberapa teknik lain yang rumit. Erm ye tak ye jugak!

 

Yakin video tulen sebab tak dapat kesan penggunaan CGI 

Tambah Ellie, ‘pelakon’ yang ingin menjayakan teknik CGI pula memerlukan pakaian khas berwarna hijau bagi mengaplikasi teknik ni. Tapi dalam video tersebut, tak dapat pula dia mengesannya.

“Saya pernah buat green screen (layar hijau) untuk filem saya, Penanggal dan muka dalam video tersebut sangat mirip (dengan mereka yang terlibat).”

“Badan tu tetap la badan tu. Muka tu tetaplah muka tu,” katanya.

Video Menteri 1
sumber: blog

 

“Bayar RM400, setengah jam boleh siap. That’s totally bullshit!”

Mengulas kenyataan yang viral di media sosial yang mengatakan video ‘semburit’ itu sebenarnya boleh diedit dalam masa setengah jam, Ellie berkata,

“Semalam saya baca dia Facebook mengatakan bahawa kalau bayar RM400, setengah jam boleh siap.”

That’s totally bullshit (itu semua mengarut).” 

Maxresdefault 1
sumber: youtube

Malah dengan wibawanya sebagai seorang pengarah filem dan drama televisyen, Ellie yakin analisisnya boleh digunapakai dalam isu video klip tersebut.

“Saya pengarah. Saya biasa dengan visual. Itu memang kelebihan dan juga sumber rezeki saya. Saya mengatakan bahawa video tersebut adalah tulen.

“Kalau tak percaya cakap saya, pihak polis akan buat siasatan secara terperinci lagi,” katanya lagi.

Berikut video penuh analisis Ellie Suriaty berkenaan video ‘semburit’ tersebut.

Acaner? Korang yakin dan percaya tak dengan ulasan yang diberikan Ellie Suriaty ni? 

Baca: “Video seks kelihatan seperti tak diubah” – Pakar Forensik Australia Claim Klip Seks Didakwa Libatkan Menteri ‘Real’ Tapi…

Sbs