in

Elak Sapu Minyak Panas Mengandungi ‘Methyl Salicylate’ Pada Anak, Boleh Sebabkan Keracunan!

methyl salicylate

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila anak anda yang masih kecil alami masalah kembung perut, para ibu di luar sana pasti akan sapukan minyak untuk legakan perut mereka, kan?

Selalunya lepas minyak disapu ke perut, ‘angin’ akan keluar dan barulah anak korang yang meragam tadi akan berasa selesa.


15 Managing gas in breastfed babies 1043673844

Namun para ibu bapa di luar sana kena hati-hati dalam memilih minyak yang sesuai untuk disapukan ke perut anak kerana rata-rata minyak panas atau minyak urut yang ada di pasaran mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keracunan!

 

Elak sapu minyak mengandungi ‘Methyl Salicylate’ 

Menerusi perkongsian Facebook Public Health Malaysia, ibu bapa dinasihatkan untuk elak menyapu minyak panas atau minyak urut yang mengandungi Methyl Salicylate kepada anak kecil.

Hal ini kerana, hampir setiap minggu Pusat Panggilan Keracunan Pusat Racun Negara telah menerima kes keracunan bahan tersebut yang melibatkan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tak sengaja.

friso

Kalau korang nak tahu, Methyl Salicylate ini memang ada dalam produk minyak panas untuk rawat lenguh-lenguh dan sakit badan. Tapi bahan ni tak sesuai digunakan pada kanak-kanak terutamanya bayi sebab boleh akibatkan keracunan

Antara gejala keracunan:

  • Loya
  • Muntah
  • Berdegung pada telinga
  • Sawan
  • Koma

Sebaiknya sebelum menggunakan apa-apa produk korang semak dulu isi kandungannya sama ada mengandungi bahan tersebut atau tidak.

Korang juga boleh rujuk 164 produk yang mengandungi Methyl Salicylate daripada NPRA seperti yang dikongsikan posting di bawah:

https://www.facebook.com/1712327752390423/posts/3108214179468433/?d=n

 

Sebelum nak sapu apa-apa minyak ataupun menggunakan apa-apa produk pada anak, korang check dulu ingredients. Bahaya juga kalau dah jadi keracunan. 

Baca: Bahaya Guna Papan Pemotong Sama, Ini Cara Elak Keracunan Makanan Dari Pakar

tiga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.