Usaha keras selama lebih satu dekad saintis Thailand akhirnya berhasil dengan penciptaan benih padi kalis banjir.
Usaha untuk mencipta benih padi yang kalis banjir itu tercetus bagi membantu pengusaha padi sewaktu hujan lebat yang terus melanda negara itu. Hom Le Noi merupakan baka baharu benih padi yang mampu hidup dalam semua persekitaran iklim di dunia.
Memetik laporan Thaiger, ketua penyelidik Pusat Kebangsaan Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi Thailand, Dr. Theerayut Tuchinda berkata, baka baharu itu juga boleh bertahan dari serangan belalang coklat iaitu serangga invasif yang memakan tanaman padi. Baka Hom Le Noi itu juga kebal daripada penyakit hawar daun bakteria yang boleh merosakkan tanaman padi di semua peringkat penanaman.
Sejak 2013, pasukannya memilih benih padi yang terbaik untuk ditanam di makmal penyelidikan dan mempunyai hasil yang stabil yang dianggarkan sekitar 900 kilogram setiap musim bagi setiap tahun. Baka padi dari Hom Le Noi itu menghasilkan nasi yang lebih lembut berbanding dengan padi biasa selepas dimasak.
Dengan penghasilan baka Hom Le Noi ini, pihak pertanian Thailand berharap ianya akan memudahkan penjagaan padi kepada para petani sewaktu musim banjir.
Baca: Wanita Singapura Tersalah Makan Sup Di Thailand, Ingatkan Kangkung Rupanya Daun Ganja