Korang mungkin pernah tengok video beberapa warga dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia menyebuat istilah dan perkataan mengikut loghat masing-masing dalam bahasa Inggeris kan.
Sebenarnya ada beberapa perbezaan cara sebutan dan istilah walaupun pada dasarnya mereka bertutur dalam bahasa yang sama.
Namun, korang pernah tahu tak bahasa yang sangat jauh berbeza tetapi berkongsi perkataan dan istilah yang serupa.
Haa… kali ni min nak share dengan korang satu video persamaan perkataan dalam bahasa Melayu dan Bahasa Azerbaijan. Mungkin ada dalam kalangan kita yang tak tahu pun kewujudan negara tu.
Korang cuba tengok video @monchatsplash dibawah ni.
@monchatsplash Malay and Azerbaijani language challenge! Was so surprised that many of our words are similar – gotta thank those Arab traders and merchants, I guess #languagechallenge #malay #azerbaijani #singapore #sgtiktok
Eh sama lah
Bila tengok video ni, min pun terkejut gak. Banyak rupanya istilah dan perkataan yang sama antara bahasa pertuturan kita dan Bahasa Azerbaijan ni.
Rasanya mungkin sebab zaman dulu istilah dan perkataan ini dibawa oleh pedangang Arab kan, sebab tu sama.
Memang tak dinafikan bahasa kita banyak dipengaruhi dengan bahasa Arab. Memang tersebar luas betul sampai negara yang beribu batu pun guna istilah yang sama kan.
Kalau korang nak update resume bahagian bahasa pertuturan tu boleh lah kot. Tapi kena ingat, tahu istilah dan perkataan tidak semestinya kita tahu bahasa itu sepenuhnya ye.
Kann… min pun baru tahu sebenarnya bahasa Melayu dan bahasa Azerbaijan ni guna banyak perkataan yang sama. Kalau pegi sana mungkin boleh faham sikit-sikit.
Oh sebenarnya ada juga perbezaan. Struktur ayat pun lain rupanya. Kena belajar banyak lagi ni kalau nak kuasai bahasa Azerbaijan.
Baca: “Walaupun slang jawa…” – [VIDEO] Netizen Tergamam Lihat Pemandu Pelancong Sabah Cakap Korea