Hujung minggu lalu, media sosial dibanjiri dengan keunikan tema majlis resepsi usahawan kosmetik, Tyra Kamaruzzaman yang berkahwin dengan seorang pereka fesyen, Emran Rijal.
Apa yang menarik perhatian adalah busana yang dipakai oleh pasangan mempelai itu berkonsepkan ‘Puteri Gunung Ledang’ yang direka khas oleh Emran sendiri.

Nyanyi lagu perpisahan?
Tular di X mengenai lagu ‘I Will Always Love You’ oleh Whitney Houston yang dinyanyikan oleh Aina Abdul pada majlis resepsi tersebut. Seorang netizen mendakwa lagu tersebut tidak sesuai dinyanyikan pada majlis perkahwinan kerana maksudnya berkait dengan perpisahan.
Artikel berkaitan: “Ini bukan selamat tinggal” – BeauTyra Bakal Ditutup? Peminat Berteka-teki Baca Posting ‘Founder’
Artikel berkaitan: “Saya nampak dorang bercium dekat konsert Blackpink” – Rupanya Tyra Kamaruzzaman Curang Dengan Sepupu Sendiri?
Lagu ‘I Will Always Love You’ oleh Whitney Houston bukan lagi sesuai untuk perkahwinan sebab tu lagu perpisahan.
Nampak ‘I love you’ je terus sauk. Belajarlah erti lagu, bukan main sumbat je masuk majlis sebab nak nampak grand.
Berapa kali nak pesan kat umat melayu, lagu I WILL ALWAYS LOVE YOU BY WHITNEY HOUSTON BUKAN LAGU SESUAI UNTUK PERKAHWINAN SEBAB TU LAGU PERPISAHAN. Nampak i love you je terus sauk… belajarlah erti lagu, bukan main sumbat je masuk majlis sebab nak nampak grand ? https://t.co/o67NH6QimR
— Hilmi Loma The Emancipation of One Harley Quinn? (@MimieyLoma) May 4, 2024
Di ruangan balas juga, rata-rata netizen turut menegur segelintir orang yang memainkan lagu bertemakan perpisahan pada majlis perkahwinan.
Tyra suruh netizen bertenang?
Bagaimanapun, Tyra telah mebidas tuduhan netizen menerusi IG Story miliknya. Kata Tyra, tiada siapa yang fokus dengan maksud lagu tersebut malah lagi teruja mendengar lagu itu dinyanyi merdu oleh Aina Abdul.
Eh relax la. Kita tak request pun lagu tu tapi sangat teruja bila lagu Whitney Houston dinyanyikan oleh Aina Abdul. Itu pun lagu kegemaran Emran.
Tiada siapa yang ambil tahu maksud lagu tu sebab lebih terharu dengar suara Aina. It’s not that deep… wedding I, suka hati I la nak lagu apa.
Sekadar info, majlis perkahwinan pasangan ini telah mendapat perhatian warganet dek kerana keunikan tema yang diinspirasikan oleh lagenda ‘Puteri Gunung Ledang’ serta busana yang dipakai oleh Tyra sangatlah cantik dan unik.
Mungkin orang pun tak kisah pasal lagu tu.. yang penting min suka baju Tyra!