Dua minggu lalu, Neelofa telah selamat bernikah bersama pendakwah bebas PU Riz hingga menjadi bualan hangat di seluruh platform media sosial.
Selain menggunakan konsep ‘Jabal Rahmah’ serta dekorasi dewan yang serba putih, busana yang dipakai Neelofa turut tidak menjadi perhatian.
Menggunakan sentuhan magis pereka fesyen terkenal Alia Bustamam, konsep Greek Goddess, gaun putih yang turut diserikan dengan veil yang diinspirasi daripada gaya Arabian hooded telah menyerlahkan lagi kecantikan Neelofa.
https://www.instagram.com/p/CM9K80sHacd/
Namun berbalik kepada kisah kali ini, seorang wanita yang kagum terhadap busana selebriti tersebut telah cuba untuk meniru dengan tidak mengeluarkan sebarang modal.
Guna lapik meja
Telah tular di aplikasi TikTok, perkongsian dari wanita yang dikenali sebagai nadyiayaya menunjukkan yang dia cuba untuk meniru busana selebriti itu.
Dengan usaha yang ada, dia turut meminjam lapik meja daripada jirannya sendiri. Bagus ada jiran sporting macam ni.
Perkongsian itu telah dimuat naik kurang daripada 24 jam dan sehingga kini telah meraih lebih dari 100k tontonan di TiktTok.
@bajuselect expectation vs reality ? #neelofa #weddingneelofa #neelofapuriz #makeupneelofa #coconutscrub #cocofaced #foryoupage #fyp
Dia memaklumkan sebanyak 2 jenis lapik meja telah dicubanya untuk mendapatkan busana gaya Neelofa, namun secara berseloroh menurutnya ia lebih kepada gaya roti jala.
“Lakulah lapik meja tu lepasni”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah nadyia ini. Ada yang bergurau menanyakan bahawa lapik meja tu dah dipulangkan atau belum, dan ada yang merasakan lapik meja jenis itu akan laku terjual di pasaran.
Kreatif betul, tapi cantik juga. Apa komen korang?
Sumber : TikTok
Baca : Dah macam hantu; Pengantin Kongsi Kisah Disolek Buruk Masa Majlis, Siap Dapat Crown Berkarat Lagi!