in

Eda Ezrin Bakal Keluar Lagu Baru, Banyak Terima Tawaran ‘Show’ Sejak Dibebaskan Dari Penjara

ft eda ezrin show

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas hampir 2 minggu ‘berehat’ dan meluangkan masa bersama keluarga, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Bae Soba Bae’ iaitu Eda Ezrin dijangka bakal kembali aktif dalam dunia seni minggu depan.

Menurut sumber, Eda Ezrin akan mula buat ‘come back’ dengan penggambaran video muzik untuk single terbarunya.


Artikel berkaitan : “Aku tidak lupa siapa yang membuang ketika aku” – Eda Ezrin Bersuara Selepas Bebas Dari Penjara Thailand

Artikel berkaitan : “Mungkin hatinya senang” – Komander Penjara Kongsi Eda Ezrin Tidak Lagi Murung, Makin Berisi, Sihat Dan Cantik

Banyak terima tawaran ‘show’ tapi masih belum sedia keluar dari Kelantan

Jelasnya lagi, sejak dibebaskan darii Penjara Narathiwat pada 7 Ogos lalu, dia ada menerima banyak tawaran persembahan ke Kuala Lumpur, Johor dan beberapa negeri lain.

Namun begitu, Eda Ezrin berkata buat masa ini dia hanya bersedia menerima tawaran persembahan di Kelantan sahaja.

“Saya masih belum bersedia untuk bergerak jauh bagi sebarang persembahan, terutamanya di luar Kelantan.”

Screenshot 2025 08 19 172004

Selain kembali aktif menyanyi, Eda Ezrin merancang untuk menceburi dalam bidanag perniagaan selepas mendapat keizinan daripada suaminya.

“Suami saya akan menemani saya bukan sahaja ketika membuat persembahan, malah turut bersama saya dalam perjalanan perniagaan nanti.” katanya sambil menyusun lirik untuk lagu baharunya.

Untuk rekod, Eda Ezrin, suami bersama 4 lagi individu lain telah dibebaskan dari penjara pada awal bulan ini selepas dihatahan selama 9 bulan.

Kesemua 6 individu ini ditahan polis di Sungai Golok dalam satu serbuan di sebuah hotel pada 1 November tahun lalu. Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 6,059 pil Yaba.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.