Selepas tersebarnya video yang menunjukkan pasar di China menjual daging haiwan eksotik seperti kelawar dan ular sebagai makanan harian, masyarakat dunia kini mendapat kesedaran dan lebih berhati-hati dalam memilih makanan mentah. Lebih mengejutkan, ada kajian yang menunjukkan bahawa virus Convid-19 sebenarnya berpunca daripada kelawar yang dimakan oleh penduduk negara China.
Namun begitu, berita tentang asal usul virus Covid-19 itu seolah-olah tidak diendahkan oleh tentera laut USA apabila mereka menjadikan aktiviti memakan darah ular dan daging biawak sebagai latihan di hutan.
Menurut video yang dimuat naik oleh SCMP News di laman Twitter, tentera USA dilihat menjalani latihan ketenteraan di Thailand dan perlu meminum darah ular, makan daging biawak dan kala jengking sebagai latihan mereka.
US marines are made to drink cobra blood and eat lizards as part of a gruelling jungle training regimen. pic.twitter.com/9xaAus1MY4
— South China Morning Post (@SCMPNews) March 5, 2020
Meskipun sedar akan wabak Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini, tentera USA menegaskan mereka masih mengamalkan kebersihan dan tidak batuk semasa bersama orang lain untuk mengelakkan virus ini tersebar.
“Selagi kami menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dan tidak batuk kepada orang lain, kami tidak perlu risaukan isu tersebut di sini”
Latihan ini adalah sebahagian daripada Cobra Gold Exercise yang dibuat dengan kerjasama Amerika Syarikat dan Thailand. Latihan ketenteraan ini kebiasannya akan disertai oleh tentera daripada Korea Selatan, Japan, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Namun, Korea Selatan menarik diri pada edisi tahun ini selepas negara mereka dilanda wabak Covid-19 pada paras yang agak kritikal berbanding negara lain.
Daripada perspektif lain pula, jika anda pernah ke Thailand pasti anda pernah nampak gerai-gerai di tepi jalan yang menjual Whiskey Cobra dan kala jengking sebagai minuman hiburan. Menurut kepercayaan mereka, minuman ini boleh memberikan tenaga seksual yang kuat dan menjana tenaga dalam aktiviti seharian. Korang jangan cuba minum pula ye!