in

“Dunia melihat tapi tak mampu buat apa-apa” – [Video] Ratusan Haiwan Mati Bergelimpangan Di Tepi Jalan Australia

Kematian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari ada saja berita menyedihkan dan kejadian yang lebih buruk kita dengar berlaku di Australia. Bagi mereka yang masih tak up-to-date dengan isu ni, Australia kini berdepan dengan bencana kebakaran hutan belukar yang makin merebak ke seluruh negara itu.

Terbaru hari ini, satu lagi video menyedihkan tular di Twitter apabila ratusan haiwan dilihat mati bergelimpangan di tepi jalan dekat Australia. Haiwan-haiwan dilihat mati akibat melecur terkena api kebakaran.


Haiwanai

Haiwan 1

Haiwan 2
sumber: twitter

Untuk melihat video penuh, klik sini

 

Koala paling banyak mati, tak boleh berjalan dengan cepat

Menurut laman Perez Hilton, haiwan seperti koala paling banyak menjadi korban kebakaran ini kerana mereka tidak mempunyai kebolehan untuk bergerak lebih laju untuk lari dari kebakaran tersebut. 

11654360 3X2 700X467 1
sumber: abc news

Pakar ekologi berkata, lebih 8,000 haiwan jenis marsupial (haiwan mamalia yang membawa anak di pouch perut mereka) telah mati semenjak kebakaran tersebut berlaku.

Malah bukan saja kanggaru dan koala sekarang diancam kepupusan tapi spesis tumbahan juga nampaknya makin lama makin menghilang dek kerana kebakaran belukar yang teruk. Aduhai… 

23088200 7859125 Image A 61 1578373527634\

Dulu Sekarang
Australia dulu dan sekarang | sumber: daily mail

Bagi mereka kat luar sana yang ingin membantu rakyat Australia dan haiwan-haiwan yang kini dalam kesakitan, korang boleh saja donate ke Australian Red Cross atau organisasi NGO seperti GIVIT. Sikap murah hati anda pasti akan dibalas dengan ganjaran pahala yang berganda-ganda.

Sama-samalah kita doakan semoga bencana ini reda dengan segera. 

Baca: “Ya Allah… lepas satu, satu” – Selepas Bencana Kebakaran Hutan, Australia Diramal Bakal Dilanda Taufan Blake

Taupan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.