in

Dunia Kecoh Kematian Wartawan Shireen Abu Akleh, Ditembak Tentera Israel Ketika Buat Liputan Berita

shireen abu akleh terbunuh ditembak israel

Kejam… Dunia hari ini kecoh memperkatakan mengenai kematian seorang wartawan veteran rangkaian media Al Jazeera, Shireen Abu Akleh yang dilaporkan terbunuh selepas tentera penceroboh Israel melepaskan tembakan ke arahnya pada pagi Rabu lepas.

Menurut laporan daripada Al Jazeera, Shireen katanya telah ditembak ketika sedang membuat liputan mengenai serbuan tentera Israel di bandar Jenin, wilayah penempatan di Tebing Barat.

Shireen yang cedera parah kemudian telah dikejarkan ke hospital di Jenin yang mana di sana dia telah disahkan maut pada 7.15 pagi waktu tempatan, menurut kementerian Palestin dan wartawan rangkaian berita itu.

Ketika kejadian berlaku, wartawan senior itu dilihat memakai vest bertulis ‘press’ dan sedang berdiri dengan wartawan lain yang sedang membuat liputan.

FSeq46LXoAAvpJS

 

“Tiba-tiba mereka tembak kami” 

Menurut Al Jazeera, seorang rakan wartawan, Ali al-Samoudi berkata, dia telah menceritakan detik-detik kejadian itu berlaku yang mana dia sendiri terkena tembakan yang pertama di belakang badan.

Walau bagaimanapun, dia terselamat dan kini dalam keadaan stabil.

Kami tengah nak rakam operasi tentera Israel dan tiba-tiba mereka tembak kami tanpa meminta kami pergi atau menghentikan penggambaran.

“Peluru yang pertama mengenai saya dan peluru kedua pula menembus Shireen, ketika kejadian berlaku ketenteraan Palestin tidak berada di semua lokasi,” kata al-Samoudi.

 

“Terang-terangan, melanggar undang-undang dan norma antarabangsa…” 

Al Jazeera dalam satu kenyataan telah mengutuk pembunuhan tersebut dan berkata,

“Rangkaian Media Al Jazeera mengecam jenayah kejam itu, yang bertujuan menghalang media daripada menjalankan tugas mereka.

Al Jazeera menggesa kerajaan Israel dan pasukan pencerobohnya bertanggungjawab atas pembunuhan Shireen. Ia juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengutuk dan memaksa tentera penceroboh Israel bertanggungjawab atas pembunuhan Shireen,” lapor agensi berita Qatar (QNA).

Shireen yang berusia 51 tahun mempunyai kerakyatan Palestin-Amerika ini merupakan antara wartawan lapangan pertama Al-Jazeera yang mana mula bertugas dengan agensi tersebut pada tahun 1997.

FSduSPCXIAEmF p

Menurut salah seorang rakan wartawan yang telah mengenalinya selama 25 tahun, Shireen dianggap sebagai ‘wartawan sebenar’ dan sering melaporkan berita seperti mana ia berlaku.

Selain Shireen, Al Jazeera juga telah kehilangan 12 lagi wartawan yang telah terbunuh ketika sedang bertugas membuat laporan berita.

Al Fatihah buat semua yang telah pergi. Semoga kematian wartawan-wartawan ini mendapat keadilan yang sewajarnya. 

Baca: “The real prison break!” – Buat Terowong Bawah Bilik Air Guna Sudu, 6 Tahanan Warga Palestin Lolos Penjara Israel!

sudu

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter