KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden buli yang terjadi baru-baru ini. Ia dizahirkan menerusi IG Story miliknya semalam dan meraih perhatian netizen di Twitter.
Dulu saya pun dibuli semasa di luar negara”
https://twitter.com/pedoqpop/status/1471010139729657861?s=21
Isu ini diutarakan oleh Tengku Hassanal berikutan dengan ada kes buli yang terjadi di Pahang selepas berita mengenai kes yang sama yang melibatkan sekumpulan murid MRSM, Kuala Kangsar baru-baru ini.
Berduka cita dengan kejadian ini, Tengku Hassanal mengimbau zaman dirinya ketika berada di luar negara dimana dia juga pernah dibuli oleh warga asing.
Disebabkan itu, Tengku Hassanal menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan dengan dengan segera untuk hentikan kes buli ini.
Malah, Tengku Hassanal juga menggesa pelajar-pelajar sekolah terutamanya di Pahang untuk tidak melakukan sebarang perbuatan buli.