in

Dulu Jepun Ada Impian Untuk Bina Bangunan Setinggi 10km, Lebih Tinggi Dari Gunung Everest!

Cover 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin maju teknologi di dunia, semakin banyak ciptaan manusia yang hebat dan moden. Orang zaman dahulu tidak akan pernah terfikir bahawa besi boleh terbang di udara, namun kini kita ada kapal terbang dan jet pejuang.

Dahulu bangunan hanya dibina rendah dan dengan rekaan yang mudah, kini bangunan dibina melebihi paras awan dengan rekaan yang unik dan cantik. Di Dubai, wujudnya Menara Burj Khalifa yang kini merupakan bangunan tertinggi di dunia.


Jepun pernah ada impian nak bina menara mega

Tahukah anda, dahulu negara Jepun pernah ada impian untuk membina menara mega dengan ketinggian 10,000 meter. Ya, anda tidak salah baca, 10 kilometer!

Sebagai perbandingan, gunung tertinggi di dunia Gunung Everest hanyalah berketinggian 8,848 meter, manakala Menara Burj Khalifa berketinggian 828 meter. Jadi, bagaimana orang Jepun boleh terfikir untuk bina bangunan dengan sepuluh kali ganda ketinggian daripada Gunung Everest?

1 21

Idea untuk membina bangunan yang diberi nama sebagai Tokyo Tower of Babel ini mula tercetus pada tahun 1992, namun tidak pernah dimulakan atas sebab-sebab tertentu.

Mengapa bangunan ini tidak dibina?

Baca sahaja sudah tidak kedengaran logik, begitu juga dengan proses pembinaannya. Secara asasnya, idea untuk membina bangunan ini adalah tidak praktikal.

Difahamkan, tapak bangunan ini memerlukan keluasan 110km persegi, bersamaan dengan separuh saiz ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur. Bayangkan separuh Kuala Lumpur terpaksa dikorbankan untuk membina sebuah bangunan mega, banyak yang perlu dikorbankan.

Maxresdefault

Tidak cukup dengan itu, bangunan ini dianggarkan akan mengambil masa antara 100 hingga 150 tahun untuk siap dibina dan menelan perbelanjaan yang sangat besar, iaitu sebanyak USD22 trillion (RM88 trillion). Dua hingga ke tiga generasi diperlukan untuk membina Tokyo Tower of Babel ini.

Selain itu, ketinggian bangunan ini yang mencapai 10 kilometer juga menjadikan ia tidak praktikal untuk dibina. Dengan geografi Jepun yang kerap dilanda bencana alam seperti gempa bumi dan taufan, bangunan ini mempunyai kebarangkalian untuk runtuh dan rosak. Jika bangunan ini runtuh, angka kematian boleh mencecah jutaan orang.

Ada apa dalam bangunan ni?

Menurut sumber, setiap peringkat bangunan mega ini akan mempunyai fungsinya yang tersendiri. Sebagai contoh, tingkat bawah tanah bangunan ini akan menempatkan penjana kuasa, kawasan parkir kereta dan loji tenaga.

290207081 3297672340498118 6490067860262138010 N

Manakala paras 0 hingga 1,000 meter bangunan ini akan menempatkan kawasan perumahan dan bangunan komersial seperti pusat beli-belah dan pasar raya. Di paras 1,000 hingga 3,500 meter pula akan menempatkan pejabat dan hotel-hotel pelancongan.

Untuk paras 3,500 hingga 6,000 meter pula akan menempatkan pusat pembelajaran seperti sekolah dan universiti, pejabat pentadbiran dan fasiliti lain. Di paras 6,000 hingga 9,000 akan menempatkan fasiliti eksperimen dan pusat kajian.

Paras di atas sekali iaitu 9,000 hingga 10,000 pula akan menempatkan agensi penerbangan Jepun, kuasa solar dan fasiliti yang terlibat.

Cuba bayangkan jika bangunan ini siap dibina, silap-silap keluar tingkap boleh nampak bulan!

Kredit: Zunita Ramli, Wikipedia, Nerdist

BACA: Tular Dakwaan Berlaku Vandalisme Di Menara Merdeka 118, Tapi Warganet Kata Sebaliknya?

Cats 21

Sumber: MBS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.