Semalam, sebuah posting di Instagram telah mendapat perhatian ramai orang termasuk rakyat Malaysia bila National Geographic (Nat Geo) telah memuat naik gambar menunjukkan Kuala Lumpur yang kini lengang selepas total lockdown dijalankan.
Untuk pengetahuan korang, Nat Geo telah memuat naik gambar dan kapsyen dari seorang jurugambar Malaysia, Ian Teh yang juga penyumbang untuk Nat Geo.
Walaupun gambar-gambar yang ditunjukkan itu memang cantik, ia juga turut menunjukkan kesedihan yang negara kita lalui sejak lockdown dijalankan melalui kapsyennya.
“Sedang banyak tempat lain di dunia bangun dari kesusahan pandemik, Malaysia telah jalankan lockdown ketat bagi mengawal penyebaran Covid-19.
“Dulu dijadikan sebagai contoh positif di Asia Tenggara, kini Malaysia antara negara yang teruk terjejas.”
Bukan itu sahaja, kapsyen ini turut menceritakan tentang kekecewaan rakyat Malaysia dengan situasi Covid-19 di Malaysia.
Pun begitu, di ruangan komen ramai netizen dari dalam dan luar negara yang puji gambar yang diambil oleh Ian Teh ini serta mendoakan agar Covid-19 di Malaysia beransur pulih.
Baca: Bekalan Vaksin Covid-19 Lambat Sampai Malaysia Sebab Negara Maju Dah Bolot Lebih Awal – KJ