in

“Dulu buat tempat gantung kunci je” – Netizen Kagum Tengok Hasil Reka Cipta Budak Sekolah

Sekolah 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat tak masa sekolah rendah dulu, kita belajar subjek Kemahiran Hidup? Salah satu projek yang mesti disiapkan oleh para pelajar adalah membuat reka cipta barangan menggunakan papan kayu.

Budak sekolah buat inovasi barang

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh @wawa090478 di TikTok menunjukkan hasil pembuatan perabot oleh beberapa orang pelajar. Bezanya hasil tangan mereka dengan kita dahulu, para pelajar itu membuat inovasi perabot dua dalam satu.


Artikel berkaitan: “Mungkin cara saya susun perabot…” – Wanita Beri Penjelasan Lepas Dikecam Rumah Berkeluasan 600 sqft Nampak Luas

Artikel berkaitan: Individu Bengang Beli Perabot RM5,000 Tapi Dapat Barang ‘Display’ Yang Dah Rosak

Contohnya, dua orang pelajar telah mereka cipta kerusi kayu lalu ia juga boleh ditukar menjadi perabot lain seperti tangga dan papan seterika. Bagaimanapun, kerusi-kerusi tersebut dihasilkan dengan baik dan nampak kukuh bila diduduk.

Selain itu, ada pelajar lain yang membuat perabot meja yang mana papan atasnya boleh dibuka untuk menyimpan barang. Ada juga yang menghasilkan tempat letak kasut dan ada kotak disediakan untuk menyimpan barang di dalamnya.

@wawa090478

♬ original sound – Zahratul Alwa – Zahratul Alwa

“Dulu buat tempat gantung kunci je”

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen di ruangan komen kagum melihat hasil kreativiti para pelajar itu. Selain ianya unik, ada netizen yang mahu perabot inovasi itu dijual dalam pasaran.

Sekolah 1

Malah, ada netizen teringat kenangan mereka di sekolah dulu yang ditugaskan untuk membuat perabot rumah tetapi, hasil tangan budak sekolah zaman sekarang nampak lebih cantik dan kreatif.

Sekolah 2

Pemilik video itu turut memberitahu di ruangan komen bahawa itu adalah subjek Pembuatan Perabot, bukannya Kemahiran Hidup.

Sekolah 3

Cantik betul tengok hasil tangan diorang!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.