Selain content masakan, namanya cukup terkenal dengan sikap profesional dan rendah diri dalam kalangan pempengaruh di media sosial ini. Siapa lagi kalau bukan Khairul Aming.
Seperti kita sedia maklum, jualan sambalnya begitu laris dan meraih jutaan ringgit, selain itu, pastinya Khairul Aming akan ada pendapatan lain sebagai pempengaruh.
Artikel Berkaitan : Rangkul Anugerah ‘Creator Of The Year’, Pesanan Khairul Aming Buat Anak Muda Dipuji Ramai!
Artikel Berkaitan : [VIDEO] Tutup Kilang 5 Hari, Khairul Aming Bawa Staf Bercuti Ke Langkawi Siap Naik ‘Private Yacht’!
Memandangkan dirinya boleh dikira sebagai seorang yang berstatus jutawan, namun ramai yang tidak menyangka pempengaruh ini rupanya memilih untuk kekal hidup secara berserdehana.
Disebabkan pendiriannya itu, pastinya ada segelintir pihak mempersoalkan mengapa dia tidak menaik taraf gaya hidupnya memandangkan dia kini sudah ‘hidup selesa’ menerusi satu sesi live.
Khairul Aming tampil memberikan respon berkenaan persoalan tersebut dan jawapan yang diberikan itu membuatkan ramai kagum. Ya lah, bila dah ada duit, pastinya nafsu untuk menaik taraf diri sangatlah tinggi.
“Ada ambil loan ke?”
"Saya memang tiada loan. The only loan yang saya ada adalah loan kereta Bezza, itu sahaja. The rest semua adalah aset yang dah dibeli yang dah dihabis bayar termasuklah dekat kilang.
Kalau pergi dekat kilang kita, mesin yang juta juta tu itu semua sudah… pic.twitter.com/lzRGSIMqCx
— Januar Haikal (@Januarhaikal) September 27, 2023
Katanya, dia ada pendirian bahawa dia sudah terbiasa dengan hidup yang sentiasa mencukupi dan niatnya adalah untuk tidur dengan tenang dengan wang simpanan yang ‘selesa’.
“Masalahnya adalah bila income kita dah besar dan kita tambah lagi expenses yang besar, kita akan patah balik cara lama di mana kita takkan boleh tidur tenang juga, sebab duit takkan pernah cukup.”
“Jadi, kenapa saya tak pernah upgrade ialah dengan income yang sekarang, kalau saya maintain gaya hidup saya yang sekarang, saya boleh tidur dengan tenang, sebab kita dah ada simpanan duit yang selesa untuk kita hidup dengan tenang.”
“Tapi kalau saya ada income sejuta. Malam ni saya beli Lamborghini (contoh), katalah harga RM 700,000, bulan-bulan kena bayar berpuluh-puluh ribu, nak tidur esok tak tenang juga sebab sejuta tu tak cukup nak cover kereta yang saya baru beli tu.”
Pendek kata, Khairul Aming menjelaskan bahawa dia mahu hidup yang tenang yang mungkin membawa maksud terhindar daripada bebanan hutang.
“Saya dah 5 tahun tak cukup tidur, berhempas pulas buat benda ni, sekarang saya nak tidur tenang, itu je.”
Bagaimanapun, dia tidak menafikan bahawa dirinya tidaklah setenang mana kerana dia kini sudah ada tanggungjawab baru di mana dia harus menjaga perniagaan, pendapatan, kakitangan dan sebagainya.
Bila ditanya mengenai komitmen pembiayaan dengan bank buat masa ini, Khairul Aming menjelaskan bahawa dia kini terikat dengan komitmen kereta Perodua Bezza miliknya.
“Satu satunya loan yang saya ada adalah kereta Bezza, yang lain semua adalah aset yang dibeli dan dihabis bayar, termasuklah dekat kilang, kalau pergi kilang kita, semua mesin yang berjuta-juta tu, itu semua dah habis dibayar dan aset saya.”
Diumum sebagai Creator of The Year sempena Tiktok awards 2023, pempengaruh media sosial yang terkenal dengan konten masakan ini turut menitipkan nasihat buat para anak muda untuk menghabiskan pengajian terlebih dahulu sebelum mengejar cita-cita untuk menjadi ‘content creator’.… pic.twitter.com/B6pK4GiXzd
— Januar Haikal (@Januarhaikal) September 27, 2023
Khairul Aming turut mendedahkan bahawa dia tidak memiliki rumah, kereta mewah dan asetnya hanyalah kilang. Khairul Aming juga mempunyai pendirian berkenaan dengan perihal rumah yang sering dikatakan sebagai aset utama.
“Bergantunglah cara awak pandang benda tu, sebab kilang saya tu generate income, jadi saya anggap dia sebagai aset, dan benda tu bukan hutang. Jadi katakanlah, nauzubillah… bisnes Sambal Nyet ini hancur, katakanlah Khairul Aming ni tiba-tiba meninggal, aset tu family saya boleh jual.”
Jelasnya lagi, dia sangat tidak berkira apabila dalam perniagaan, dia akan beli seandainya kakitangan mereka memerlukan sesuatu untuk memudahkan kerja.
Dalam pada itu, blal disoal jika dirinya, produk dan perniagaannya tidak lagi relevan, Khairul Aming memberikan satu jawapan yang membuatkan kita rasa kagum.
“Takpe sebab kilang tu kilang yang betul dan proper, so katakanlah satu Malaysia benci Khairul Aming sampai takde orang nak beli produk dia, takpe sebab kilang tu saya boleh running sebagai kilang biasa jadi OEM saya boleh jual produk untuk orang lain pulak.”
Inilah contoh content creator yang tak hamak populariti semata-mata.
Sumber : X