in

“Duit mas kahwin lesap” – Pengantin Lelaki Cabut Lari Masa Wedding Biarkan Isteri Tanggung Hutang RM480k

Billionaire Groom Runs Away During Lavish Wedding Leaves Bride With Huge Rm480K Bill World Of Buzz 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan ni tak boleh dibuat main-main, kena pandai pilih pasangan sebab jodoh itulah yang akan berkekalan sampai bila-bila. Kalau silap pilih, memang diri kita yang akan binasa macam gadis 30 tahun yang dikenali sebagai Da ni.

Disangkakan lelaki berumur 50 tahun ini pilihan tepat untuk jodohnya, rupa-rupanya lelaki yang ditemuinya itu pemusnah hidupnya apabila dirinya dihambat dengan bebenan hutang akibat majlis sanding mewah yang mereka bikin.


 

Dakwa diri seorang billionaire

Billionaire Groom Runs Away During Lavish Wedding Leaves Bride With Huge Rm480K Bill World Of Buzz 5

Ketika mereka mula berkenalan lelaki yang dikenali sebagai Nat ini mengatakan dirinya merupakan seorang ‘billionaire’. Lapor WORLD OF BUZZ, mereka bersua hanya sekali sahaja, itu pun masa majlis pengebumian saudara mara.

Billionaire Groom Runs Away During Lavish Wedding Leaves Bride With Huge Rm480K Bill World Of Buzz

Da mula bertemu dengan Nat pada bulan Mac lalu, dari hari pertemuan tu, Da terus dilamun cinta sehinggakan sanggup terima lamaran daripada Nat keesokan harinya untuk berkahwin. Nat yang dilihat serba mewah mendakwa dirinya seorang CEO dalam satu perniagaan di Hong Kong.

Billionaire Groom Runs Away During Lavish Wedding Leaves Bride With Huge Rm480K Bill World Of Buzz 2

Itu sebab lah mereka merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan serba mewah yang diuruskan oleh perancang majlis perkahwinan yang profesional dnegan nilai 3.5 juta baht ( RM482,018). Majlis perkahwinan pasangan dari Thailand ini berlangsung pada 10 Mei lepas.

Billionaire Groom Runs Away During Lavish Wedding Leaves Bride With Huge Rm480K Bill World Of Buzz 3

Pada hari majlis, semuanya berjalan dengan lancar, tiba-tiba pengantin lelaki ‘cabut lari’ masa pertengahan majlis, katanya dia kena pergi hong Kong dengan kadar segera. Masa majlis tu 10 orang kawan Nat yang hadir termasuk pemegang cek 1.6 juta baht (RM 220,335) yang Nat janjikan sebagai wang mas kahwin tu lesap dengan dia.

 

Pengantin lelaki rupa-rupanya…

Billionaire Groom Runs Away During Lavish Wedding Leaves Bride With Huge Rm480K Bill World Of Buzz 5

Setelah disiasat baru tahu yang pengantin lelaki tu sebenarnya seorang scammer. Disebabkan itu Da kena tanggung semua perbelanjaan perkahwinan yang bernilai hampir setengah juta ringgit tu. Nat pula terus hilang tanpa dikesan sambil membiarkan Da kusut memikirkan cara nak melangsaikannya. 

Pihak hotel mewah yang dijadikan tempat mereka mengadakan majlis tu memberikan peluang kepada Da untuk membayar hutang secara ansuran sementara, wedding planner pula nak saman Da.

Nat sebelum ini memperkenalkan dirinya sebagai seorang billionaire dan menceritakan kepada umum yang dia  pernah bekerja sebagai penasihat bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

Dalam instagram dia sebelum dipadam, dia selalu show off kehidupan mewahnya, bergambar dengan kereta mahal, kapal terbang, duduk dalam private jet dan tayang lambakan duit.

 

Baca : “Betullah jodoh dan ajal di tangan tuhan”- [VIDEO] Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Beberapa Minit Sebelum Majlis

Baca

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.