• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Duit cukup untuk isi minyak dan beli mask je” – Atuk Ini Tunggang Motor 300KM Demi Untuk Tatap Jenazah Cucu

by Sue Idris August 18, 2020, 4:43 pm

ShareTweet
Atukkk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasih sayang atuk dan nenek buat cucu mereka memang tiada galang ganti. Kata orang, sayang cucu ni lain macam tau! Sebab itu mereka tak kisah berkorban untuk cucu-cucu mereka.

Seperti pengorbanan seorang warga emas dari Thailand buat cucunya baru-baru ini. Seorang individu berkongsi di Facebook tentang kisah di mana dia bertemu dengan seorang atuk yang sanggup menempuh perjalanan jauh demi cucunya.


Atuk itu telah menunggang motosikal dari kampung halamannya sejauh 300 kilometer demi untuk menatap jenazah cucu lelakinya buat kali terakhir di upacara pengebumian.

Atuk2

 

Terjumpa dekat stesen minyak, tengah malam

Kisah menyedihkan itu dikongsi Rachot Wangkahart di Facebook di mana ketika kejadian dia ternampak seorang warga emas berhenti di stesen minyak untuk pergi ke tandas. Jarang melihat orang tua keluar pada waktu tengah malam seperti itu, Rachot mendekatinya dan bertanya ke mana hala tuju atuk berkenaan.

“Saya tanya di mana dia tinggal dan apa dia buat seorang diri waktu tengah malam sebegini.”

Rachot terus sebak bila atuk itu menjawab,

Saya tinggal di Buriram. Saya di sini untuk pergi ke upacara pengebumian cucu lelaki saya.”

Atuk1

 

Cucu mati lemas, nak tatap jenazah

Ternyata atuk itu telah menunggang motosikalnya dari kampung itu hingga Khon Kaen sejauh 300 kilometer untuk menatap wajah cucunya berusia 15 tahun buat kali terakhir. Katanya, cucunya itu telah meninggal dunia dalam satu insiden lemas.

Lebih menyedihkan, atuk itu hanya berbekalkan 300 Baht (RM40.45) dan kerana tidak mahu menyusahkan keluarga di Khon Kaen dia berniat untuk mencari tempat berteduh semalaman di balai polis atau kuil berdekatan.

Atuk3

 

“Duit cukup untuk isi minyak & beli mask je”

Tapi disebabkan dia tidak begitu tahu dengan kawasan tersebut jadi dia terpaksa tidur sambil duduk di sebelah motosikal dekat stesen minyak itu.

Duit saya hanya cukup untuk isi minyak penuh dan beli sehelai pelitup muka baru. Saya baik-baik saja.”

Kerana terharu dan tidak sampai hati, Rachot memberikan atuk itu sedikit wang saku dan menjadi ‘pelindung’ ketika dia menunggang motor demi memastikannya selamat sepanjang perjalanan.

Sambil menangis atuk itu berterima kasih dan sebaik sampai di Buriram kira-kira jam 5 petang keesokan hari, dia terus memaklumkan pada Rachot.

https://www.facebook.com/rachot.wangkahart/posts/3441848555854804

 

Tapi…kenapa tergamak family dia biarkan dia sorang-sorang macam tu Smiley Cry

Baca: Warga Emas Pikul Tong Aiskrim Sekitar Kampung Demi Sesuap Nasi

Cats 4

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Ft Wanita Mengaku Bersalah

    Wanita C*derakan Pekerja Restoran Guna Garpu Mengaku Bersalah, Didenda RM11,800

  • Syaz Ft 2026 02 04T173309.427

    “Hingga takut nak ke sekolah” – Murid Darjah 3 Menangis, Bekas Pensel Dicuri ‘Kakak Senior’

  • Ft Suami Pempengaruh Curang

    Kantoi Curang Dengan Calon STPM, Suami Pempengaruh Mohon Padam Gambar Konon Sebab Nak Jaga Air Muka

  • Syaz Ft 2026 02 04T160034.946

    Dapat Pengampunan Sultan Selangor & Kini Bergelar ‘Dr’, Kisah Bekas Banduan Ini Buat Ramai Sebak!

  • Ft Emma Maembong

    “Tak perlu kaburkan muka, saya masuk dalam keadaan gembira” – Emma Maembong Mengaku Pegi Kelab Malam

Video Terbaru

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

  • Thumbs Komando 3

    Disebalik Beret Hijau, Leftenan Youn Bongkar Realiti Latihan Komando | PotPetCast

Siaran Akhbar

  • Collage 22

    Pameran Barang Kemas Antarabangsa Malaysia (MIJF) ke-29 Kembali Berlangsung Di KLCC Pada Tahun 2026

  • Ft Banglo 289

    Imbau Nostalgia Masakan Kampung, Banglo 289 Tawarkan Menu Eksklusif Dalam Bufet Ramadan 2026

  • Maiwprun Header.jpg

    MAIWP RUN 2026: Ribuan Peserta Dijangka Berkumpul Di Dataran Putrajaya Untuk Acara Kecergasan Perdana

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

Terkini

  • Ft Emma Maembong

    “Tak perlu kaburkan muka, saya masuk dalam keadaan gembira” – Emma Maembong Mengaku Pegi Kelab Malam

  • Syaz Ft 2026 02 04T125738.763

    “Sebab tak menang Grammy ke?” – Netizen Dakwa Bruno Mars ‘Unfollow’ Rosé, Rupa-rupanya…

  • Fazura

    “Siapa lagi mahu bersuara kalau bukan saya”- Fazura Kecewa Fatima Dikutuk Hingga Dipanggil Dengan Nama Bukan-Bukan

  • 667F4356 29Fd 4196 9445 Eb5Fe45Fafbe

    “Permulaan alam sinematik baharu” – Video Pendek Sofyank Buka Tirai Astro Shaw Cinematic Universe

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube