in

“Duda aku spesis rare” – Cik Epal Bengang Bekas Suami Asyik ‘Merentan’

Syaz Ft 2024 10 16T210213.962

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, bekas suami kepada pempengaruh Cik Epal iaitu Jofliam menerusi laman Instagram miliknya mengatakan bekas isterinya itu tidak menghormati tempoh iddah.

Ia susulan Cik Epal memuat naik tangkap layar di mana ada netizen mengatakan Cik Epal sesuai jika berjodoh dengan pelakon yang juga baru bercerai iaitu Fattah Amin.


Artikel berkaitan: “Mana maruah awak?” –  Jofliam Minta Cik Epal Hormat Tempoh Iddah

Artikel berkaitan: “Protect perempuan lain melebihi aku sebagai isteri” –  Cik Epal Dedah Mengenai Wanita Yang ‘Dilindungi’ Jofliam

Pun begitu, selepas ‘teguran’ dari Jofliam itu Cik Epal menerusi media sosialnya berkongsi di mana ada pengarah yang berminat untuk mengambilnya sebagai pelakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

“Ada pengarah nak jadi kan aku pelakon lah cameo lah. Aku ok je nak accept. Brand yang nak ajak collab boleh je DM tapi aku akan beraksi after habis iddah ok.

Kang duda aku meroyan pulak cakap aku tak ada maruah. Lepas iddah aku mendonia,” tulisnya di kapsyen.

Selepas hantaran tersebut, Cik Epal memuat naik sebuah lagi hantaran yang berbunyi sindiran mengatakan bekas suaminya itu tidak seperti duda lain selain menegaskan dia hanya akan menerima apa-apa tawaran selepas tamat tempoh iddahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

“Jangan samakan duda aku dengan duda-duda lain. Duda aku spesis rare. Dia buat boleh, aku buat dia merentan. Macam harey. Jadi, aku decide, after iddah baru aku ambil apa-apa job,” tulisnya.

Sumber: Instagram 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.