“Saya jerit minta tolong, terus pangku jasad suami sambil urut dadanya. Dua jam saya riba dia tanpa kepala. Tak mampu nak gambarkan perasaan waktu tu,” luah Marliana Awang, 39, yang kehilangan suaminya dalam kejadian tragis di Kampung Pida 3, Jerlun, Kedah pada malam Jumaat.
Suaminya, Nasir Md Nanyan, 45, ditemui meninggal dunia dengan kepala terputus selepas dipercayai ditetak oleh adik iparnya sendiri dalam satu pergaduhan di kawasan sawah berhampiran rumah mereka.
Menurut Marliana, dia sempat berbual dengan arwah sekitar jam 6.50 petang sebelum arwah keluar mencari kambing peliharaan yang belum dibawa pulang.
“Tak lama lepas tu, orang kampung datang bagitahu ada orang bergaduh dekat sawah belakang rumah emak. Masa tu hati saya dah tak sedap,” katanya, lapor Berita Harian.
Artikel berkaitan: Seorang Lelaki Maut Ditet*k Adik Ipar Sendiri
Artikel berkaitan: “Tiada kekerasan fizikal digunakan tetapi&…” – Wartawan Imbau Saat Ditahan Tentera Isr*el Pada 2010

Dia kemudian bergegas ke lokasi kejadian menaiki motosikal dan tergamam melihat suaminya sudah terbaring dalam lumpur sawah.
“Waktu tu lagi 10 minit nak azan Maghrib. Saya buang selut di badannya, urut dada arwah, doa semoga ALLAH permudahkan urusannya. Saya tak sangka dia pergi dalam keadaan macam ni,” katanya.
Difahamkan, pasangan tersebut dikurniakan dua anak lelaki berusia tujuh dan 12 tahun.
Marliana menggambarkan arwah sebagai seorang yang rajin, penyayang dan sangat rapat dengan anak-anak.
Polis mengesahkan suspek kini direman enam hari hingga 6 November bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Pida 3, Jerlun.
Sumber: Berita Harian
