in

“Dua hari tak boleh tidur, terbayang tangan terkulai…” – Saksi Kongsi Detik Ngeri Penunggang Motor Mel*mbung

Syaz Ft 2026 04 01T165008.323

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan tengah memandu dengan tenang, tiba-tiba ada sekujur tubuh mendarat tepat di atas bumbung kereta sendiri. Itulah igauan ngeri yang terpaksa ditanggung oleh seorang lelaki dikenali sebagai Megan, 42, selepas menjadi mangsa keadaan dalam satu kemalangan maut di Jalan Raya Barat, Ahad lalu.

Menurut Megan, kejadian itu meninggalkan kesan psikologi yang sangat mendalam sehingga dia kini buntu untuk meneruskan kehidupan harian seperti biasa.


Artikel berkaitan: Bukan Sekadar Penjara, Pesalah Kemalangan Ma*t Bakal Diwajibkan Bayar Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa

Artikel berkaitan: Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

“Dua hari saya tak boleh tidur malam. Setiap kali pejam mata, kejadian itu muncul semula dalam ingatan.”

Saya masih terbayang tangan mangsa terkulai di cermin hadapan kereta saya. Sampai sekarang saya masih terkejut bila ingat balik,” luahnya.

Cats 2

 

Menceritakan semula saat kejadian berlaku, Megan yang ketika itu dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang bersama rakannya mengakui semuanya berlaku dengan terlalu pantas. Pada awalnya, dia langsung tidak menyedari keretanya menjadi ‘tempat mendarat’ buat mangsa yang melambung akibat dilanggar kenderaan lain.

“Saya ingatkan kereta itu tidak langgar apa-apa. Tiba-tiba saya perasan ada orang di atas bumbung kereta apabila terlihat tangan mangsa terkulai di cermin hadapan sebelah pemandu.”

Masa itu saya memang tak pasti keadaan dia. Dalam keadaan panik saya memandu perlahan bagi memastikan mangsa tidak terjatuh ke jalan raya. Dalam fikiran saya ketika itu, tak mengapa kalau kereta rosak, yang penting nyawa dia,” jelasnya lagi.

Apa yang lebih memeritkan, Megan kini terpaksa berdepan kesukaran hidup apabila kenderaannya ditahan di balai polis untuk siasatan, sedangkan kereta tersebut tidak dilindungi insurans komprehensif.

Namun, hatinya lebih luluh apabila memikirkan nasib keluarga mangsa, Amirul Hafiz Omar, 33, yang maut akibat kecuaian pemandu lain yang didakwa berada di bawah pengaruh alkohol dan khayal.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.