in

“Dua-dua panas baran” – Kereta Honda & Waja Berhimpit Atas ‘Highway’ Sampai Kemalangan

kereta 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan, ada segelintir pengguna jalan raya yang melebihkan ego dan amarah berbanding keselamatan diri sendiri dan pengguna yang lain.

Tular satu video dashcam di X, menunjukkan dua buah kereta yang dipandu secara berbahaya dan akhirnya menyebabkan kemalangan.


Masuk lorong kanan last minute

Dapat dilihat dalam video tersebut, sebuah kereta jenis Proton Waja sedang berada di lorong kiri namun disebabkan ada sebuah lori yang dibawa perlahan, kereta itu terus menukar lorong kanan secara tiba-tiba dan lambat memberikan lampu isyarat.

Artikel berkaitan: Wanita Persoal Tujuan 3 Trak Ini Suka Bawa Perlahan Sampai Halang Lalu Lintas Di ‘Highway’

Artikel berkaitan: “Dia tu kecil, bawa slow!” – Rider Motor Selamba Duduk Lane Kanan Dekat ‘Highway’

Disebabkan itu, sebuah kereta Honda yang dipandu laju di lorong kanan terpaksa menekan brek dan hampir terlanggar kereta Waja tersebut.

Mungkin pemandu Honda itu berang, lalu dia mula mengekori secara rapat sambil menukar-nukar lorong sebagai tanda provokasi. Tidak lama selepas itu, kereta Waja tersebut mula menghimpit dan melanggar bahagian tepi kereta Honda itu.

“Dua-dua panas baran”

Malang tidak berbau, kereta Honda tersebut pula telah melanggar bahagian tepi kereta Waja itu beberapa kali sehingga kereta jenama tempatan itu mula hilang kawalan, terbabas lalu terbalik di tepi jalan.

Dalam pada itu, pemilik dashcam tersebut juga telah berhenti di tepi jalan untuk memberikan bantuan kepada pemandu Waja namun mereka sempat memarahi pemandu kereta Honda kerana telah menyebabkan kemalangan.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada maklumat terperinci daripada pihak berkuasa berhubung kemalangan yang berlaku.

Bagaimanapun, video dashcam berdurasi kurang dua minit itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai antara mereka kesal dengan kedua-dua pemandu yang tidak boleh bertolak ansur dan mengalah ketika memandu.

kereta 1 kereta 2

Seram tengok masing-masing berhimpit..

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.