Ibu bapa mana yang tak teruja apabila anak sendiri mewarisi kemahiran yang sama dengan diri mereka. Sebagai contoh, jika si ibu handal memasak pasti dia berasa seronok jika salah seorang anaknya mengikuti bakat tersebut.
Ibu dan anak menari lagu Nirmala
Tular satu video di TikTok baru-baru ini yang mana seorang ibu sedang menari tarian tradisional bersama anak sulungnya. Lebih menarik, mereka bersama-sama mengikut rentak salah satu lagu popular yang didendangkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Nirmala.
Artikel berkaitan: Bapa Sado Pakai Skirt Teman Anak Menari Ballet Cuit Hati Netizen
Artikel berkaitan: “Kemain dik menari!” -Netizen Terhibur Lihat Kanak-kanak Menari Dengar Lagu ‘Maher Zain’
Lengkap dengan busana tradisional berwarna kuning, bercekak sanggul serta memakai seluar, mereka nampak seperti dua wanita gagah yang tidak kekok menari bersama-sama di atas pentas dalam sebuah majlis.
Aida Munira (@aida_munira) yang memuat naik video tersebut, menulis kapsyen bermakna yang ditujukan khas buat anak sulungnya. Dia berharap momen itu dapat dijadikan kenangan manis mereka berdua.
Lain orang, lain cara. Semoga dengan iringan mama menari dengan kakak menjadi kenangan manis dalam hidup kakak. Ketahuilah, doa dan semangat dari mama setiap saat mengiringimu anak pertamaku!
@aida_munira lain orang lain cara, semoga dengan iringan mama menari dengan kakak menjadi kenangan paling manis dalam hidup kakak.ketahuilah,doa dan semangat dari mama setiap saat mengiringi mu my first born! love, mama. #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #nirmala #sitinurhaliza #nirmaladance #proudmalaysian
Netizen kagum tengok sokongan ibu
Video berdurasi 35 saat itu telah meraih perhatian netizen di TikTok dan rata-rata daripada mereka memuji si ibu yang semangat mengiringi anak perempuannya berjoget di atas pentas sebagai tanda sokongan.
Selain itu, ada netizen berpendapat lenggok tarian si ibu nampak lebih cantik berbanding si anak namun, Aida Munira mengganggap komen itu boleh menaikkan semangat anaknya untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh.
Fuh! Mak anak memang terbaik!
Sumber: TikTok