Biasalah kan kalau keluar berita orang awam membuat laporan polis ke atas sesuatu kes, tetapi jarang sekali kita dengari anggota polis membuat laporan polis. Itulah yang dilakukan orang seorang anggota polis selepas Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda diserang dengan bom petrol.
Menurut The Star, pada awal pagi Sabtu kira-kira jam 3.35 pagi, anggota polis itu yang sedang bertugas ternampak dua orang yang mencurigakan berlegar di pintu masuk balai polis tersebut.
Dia kemudian mendekati mereka namun belum sempat sampai ke pintu pagar itu, dua lelaki tersebut membaling bom petrol ke arah pintu masuk dan melarikan diri menaiki motorsikal berwarna kuning.
Bom petrol itu telah meninggalkan kesan hitam di atas jalan raya dan pihak polis kemudian menemukan kain rentang tergantung di dinding untuk mengugut. Kain rentang itu tertulis, ‘last warning for PDRM’. Berani dia ugut polis eh!
Menurut World of Buzz, amaran itu dipercayai berkaitan dengan penangkapan 62 ahli kongsi gelap Geng 04 pada hari Selasa.
Kesemua suspek ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma). Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan berlaku dalam insiden itu dan kes kini disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, lapor MMO.
Ke dia nak masuk penjara sekali dengan geng dia? Semangat satu geng lah katakan..
Baca: Pelajar Dipukul Kerana Enggan Masuk Kumpulan Kongsi Gelap ‘Geng 550’ di Johor Bahru