Minggu lalu negara dikejutkan dengan berita kematian, ibunda kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib, Allahyarhamah Tun Rahah. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas di Pusat Perubatan Prince Court pada usia 87 tahun.
Kematian Tun Rahah, yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak bukan sahaja dirasai oleh keluarga malah turut dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Jumaat lalu tular foto seorang warga emas dilihat membacakan doa di luar masjid ketika jenazah Tun Rahah dikebumikan.
“Tak mampu balas jasa, hanya doa sebagai ganti”
Tentu sekali kelibat lelaki itu menjadi tanda tanya ramai pihak. Dia juga dilihat hanya berada di luar kawasan masjid sepanjang pengebumian dijalankan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna di akaun Facebook, lelaki itu mendakwa dirinya adalah bekas tukang kebun yang pernah bekerja dengan Tun Rahah.
Bukan itu saja, menurut warga emas itu juga Tun Rahah pernah membantu membiayai kos perubatannya satu masa dahulu.
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga…
Kehadiran warga emas dari Kampung Baru ke Masjid Negara itu sudah pasti ingin membalas jasa yang pernah ditaburkan oleh Allahyarhamah sewaktu hidupnya dahulu, namun menurutnya hanya doa sahaja yang mampu dibalasnya.
“Saya tak kenal pak cik”
Terharu dengan perkongsian yang dimuat naik, Datuk Seri Najib turut memberi komen mengenai foto tersebut.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, dia tidak mengenali susuk tubuh tersebut, namun meluahkan hasratnya untuk bertemu dengan warga emas tersebut suatu hari nanti lapor SinarPlus.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157564130230952
Walaubagaimanapun menerusi perkongsian yang dimuat naik semalam, Datuk Seri Najib dilihat berkongsikan video bekas tukang kebun ibundanya itu.
Menurut postingnya, lelaki tersebut dikatakan tidak mengharapkan sebarang balasan dan hanya ingin sedekahkan doa buat Allahyarhamah kerana berasa terhutang budi di atas segala jasa yang pernah ditaburkan.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157571524275952
Dalam perkongsian yang sama, Datuk Seri Najib turut mengucapkan terima kasih kepada warga emas tersebut selain turut mendoakan kesejahteraan semua yang mengenangkan jasa arwah ayahanda dan ibundanya.
Betul lah, segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas akhirnya akan ditunjukkan jua pada akhirnya. Jadi janganlah cepat menghukum sesiapa pun…
Baca : “Org ingat kalau kita buat baik” Kisah Pakcik Ini dan Arwah Tun Rahah Buat Netizen Sebak