in

Drama Metro Crime Series Jadi Sebutan, Tapi Ada Penerbit Kurang Senang Dengan Pemilihan Pelakon?

Syaz Ft 2024 06 21T133550.046

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, industri filem dan drama tempatan dilihat semakin maju berkembang serta lebih terbuka dalam penceritaan.

Pun begitu, baru-baru ini tular satu hantaran daripada penerbit drama tersohor, Dato’ Saniboey Mohd Ismail yang memaparkan tangkap layar WhatsApp miliknya dengan seorang lagi penerbit di mana mereka berbincang mengenai drama siri TV3 terbaru, Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu?


Artikel berkaitan: “Nampak marah betul!” –  Nenek Emosi Tengok Drama ‘Aku Bukan Ustazah’, Zahiril Adzim Pun Minta Maaf!

Artikel berkaitan: 5 Filem Paling Romantik Sepanjang Zaman Ni Confirm Buat Korang Percaya Cinta Semula!

Dalam perbualan itu, penerbit yang tidak didedahkan namanya berkata, watak utama drama tersebut Rozimi Razak yang dibawa oleh Aloy Paradoks tidak mempunyai ‘aura’ sebagai hero untuk drama bersiri itu.

Menurut penerbit itu, slot Lestary TV3 itu tidak mementingkan lakonan seseorang pelakon itu sebaliknya lebih mementingkan rupa serta populariti pelakon tersebut.

Malah, penerbit itu juga berkata  ‘netizen’ juga tidak peduli akan aspek teknikal drama bersiri bagi slot itu seperti framing serta colouring.

Bercakap kepada Lobak Merah, Dato’ Saniboey yang merupakan penerbit drama bersiri tersebut menganggap kenyataan penerbit itu sangat membimbangkan untuk industri, pun begitu beliau tidak menepis bahawa sebelum ini beliau juga mempunyai pendirian yang sama.

Namun, pemilihan Aloy Paradoks sebagai watak utama drama bersiri tersebut adalah kerana pelakon itu lebih bersahaja dan real dalam lakonan, sesuai dengan regunya dalam drama tersebut iaitu Zahirah Macwilson.

Baginya, perubahan itu perlu dilakukan kerana terdapat pelakon yang jauh lebih berbakat meskipun ‘tiada rupa’ seperti yang dikatakan oleh penerbit itu.

Dato’ Saniboey juga berkongsi, berdasarkan pengalaman sebagai wartawan, tiada keadaan seorang wartawan jenayah pun dalam balai berita yang mempunyai rupa paras persis bintang filem dan pemilihan Aloy sebagai watak utama itu jauh lebih realistik.

Beliau turut menambah, pemilihan Aloy sebagai watak utama drama ini merupakan satu risiko yang perlu dilakukan bagi memajukan industri drama tempatan.

Drama 10 episod ini bersiaran setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada jam 9 malam di TV3.

Kena tengok ni!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.