in

Drama! Ini Pergaduhan Antara ‘Royal’ Yang Pernah Berlaku Sepanjang Sejarah

Collage 7 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang sejarah, keluarga diraja telah terlibat dengan konflik yang turut mengubah sejarah. Antara pergaduhan yang berlaku di antara mereka ini termasuklah perebutan kuasa, pengkhianatan dan konfrontasi dramatik yang mendapat perhatian ramai.

Jom kita tengok sendiri pergaduhan yang pernah berlaku sehingga menyebabkan pecah belah dalam keluarga diraja. Malah kesan dari pergaduhan ini juga sangat dahsyat di mana yang kalah mungkin dipenjarakan, dibuang negara atau dihukum bunuh.


Artikel berkaitan: Ini 5 ‘Skandal’ Diraja Paling Kontroversi & Mengejutkan Dunia

Artikel berkaitan: Sultan Selangor Murka Keputusan MFL Denda Selangor FC, Dianggap Tidak Bertanggungjawab & Tanpa Ihsan

1. Prince Harry vs Prince William

16826097786347

Sepanjang membesar, William, Prince of Wales dan Harry, Duke of Sussex telah diberikan peranan berbeza di dalam keluarga. Mengikut tradisi, William merupakan pewaris takhta manakala Harry merupakan “pengganti”.

Kedua-dua mereka telah dilayan dengan cara berbeza oleh ahli keluarga. Manakala media di sana pula suka mengecam Harry dan membuat dia seperti seorang yang gemar membuat masalah sementara William sering terlepas dari dikritik.

Namun begitu, hubungan mereka semakin erat selepas kematian ibu mereka, Princess Diana pada tahun 1997.

Tapi, pada tahun 2017, William telah menasihati Harry untuk tidak tergopoh-gapah untuk berkahwin dengan Meghan Markle. Nasihat tersebut bagaimanapun tidak didengari dan dia telah mengahwini Meghan pada 2018.

Harry mengatakan bahawa William tidak berusaha untuk membuatkan isteri barunya itu rasa dihargai dan turut memberitahu bahawa abangnya ini pernah menyerangnya pada tahun 2019 selepas menghina Meghan Markle.

Selepas itu, pada Mac 2019, William dan Harry telah tinggal berasingan di mana William dan Kate tinggal di Istana Kensington di London manakala Meghan tinggal di Frogmore Cottage di Windsor. Dikatakan, keputusan ini membenarkan kedua-dua putera ini untuk membina identiti masing-masing.

Tapi di dalam buku Battle of Brothers: William and Harry – The Inside Story of a Family in Tumult, ia mengatakan bahawa dua adik beradik ini berpisah ekoran pergaduhan berpanjangan di mana William percaya bahawa Meghan Markle mempunyai agenda yang akan menjatuhkan keluarga mereka.

Pada Januari 2020, Harry dan Meghan telah mengumumkan bahawa mereka akan meletakkan jawatan sebagai ahli senior Keluarga Diraja British sambil mengekalkan ikatan diraja tapi permintaan tersebut ditolak.

Semasa perjumpaan di antara Harry, William dan mendiang Prince Charles dan Queen Elizabeth II, Harry mengatakan William telah menjerit kepadanya. Selepas perjumpaan tersebut, satu kenyataan bersama-sama telah dikeluarkan menafikan bahawa William telah membuli Harry. Namun di dalam dokumentari Netflix, Harry & Meghan, lelaki ini mengatakan yang kenyataan itu dibuat tanpa pengetahuannya.

Sejak berpindah ke California, Harry telah berbincang secara terbuka tentang layanan keluarga diraja dan media British ke atasnya. Tindakan ini telah membuatkan William bertambah marah dan hubungan mereka menjadi lebih jauh.

2. Raja Jordan, Abdullah II vs Putera Hamzah bin Hussein

Prince Hamzah King Abdullah Ii 2004 Photo Jordanian New Agency

Raja Abdullah II telah mengambil takhta sebagai Raja Jordan dari bapanya Raja Hussein pada 1999. Abdullah yang lahir pada tahun 1962 merupakan anak sulung Hussein. Sebelum Hussein meninggal dunia, dia telah menamakan anak kesayangannya Putera Hamzah bin Hussein sebagai Tengku Mahkota baru dan pengganti Abdullah. Hamzah sebelum ini telah dilihat sebagai pengganti terbaik untuk Hussein namun ketika bapanya itu meninggal, dia baru sahaja berusia 18 tahun dan dianggap terlalu muda untuk menjadi raja.

Abdullah pula tak dijangka untuk menjadi raja ekoran pakciknya yang telah menjadi putera mahkota selama bertahun-tahun telah memegang jawatan tersebut apabila Hussein membuat penamaan baru itu. Abdullah yang dibesarkan di luar negara mempunyai masalah untuk bercakap dalam Bahasa Arab. Jika dibandingkan dengan Hamzah yang boleh bercakap dialek Jordan dengan baik serta faham dengan tradisi negara tersebut memang seperti langit dan bumi. Tak cukup dengan itu, muka Hamzah juga sama dengan bapanya sekaligus meningkatkan lagi popularitinya.

Tapi, pada tahun 2004, Abdullah telah membuang gelaran tengku mahkota Hamzah dan jadikan anaknya sebagai pemegang takhta selepasnya.

Pemerintahan Abdullah kemudiannya mengalami kesusahan selepas negara itu mengalami ekonomi yang teruk ekoran pandemik Covid-19. Pada April 2021, Hamzah telah dijatuhkan hukuman penjara di rumah selepas dia dituduh membuat rancangan untuk menjatuhkan Abdullah. Beberapa orang lain turut ditahan kerana bersubahat tapi dibebaskan kemudian.

Ketika dalam penahanan, Hamzah telah memuat naik video menafikan bahawa dia membuat perancangan tersebut dan beberapa minggu kemudian, Hamzah memberikan kesetiaannya kepada Abdullah. Pada Mac 2022, mahkamah mengeluarkan surat permohonan maaf yang ditulis oleh Hamzah kepada abangnya itu.

Namun, pertelingkahan di antara dua beradik ini masih belum berakhir. Pada 3 April 2022, Hamzah telah melepaskan takhtanya sebagai putera namun Abdullah mengatakan bahawa Hamzah masih mempunyai rancangan untuk mengambil takhtanya. Ekoran ini, Abdullah telah mengawal pergerakan Hamzah dan tak benarkan adiknya itu untuk berhubung dengan dunia luar. Dia bertitah:

Hamzah akan hidup dengan selesa tapi dia tak akan ada kebebasan yang dia telah salah gunakan untuk menyinggung negara, institusi, keluarganya dan menjejaskan kestabilan Jordan.”

3. Edward VIII vs King George VI

King Edward King George 040323 7Cbe195260594Cee8F38E8B46Cc7021B

Edward VIII telah menaiki takhta selepas kematian bapanya, George V pada Januari 1936. Sebagai raja, Edward juga merupakan ketua Gereja England. Ketika waktu itu, Gereja Anglican tidak membenarkan orang yang dah bercerai untuk berkahwin semula sekiranya bekas pasangan mereka masih hidup.

Tapi, Edward telah jatuh cinta dengan sosialit Amerika, Wallis Simpson yang telah bercerai sebanyak dua kali sebelum ini. Ketika hari pertabalannya pada 1937 hampir tiba, dia perlu membuat pilihan sama ada mahu memilih cinta atau takhta. Edward telah tinggalkan takhta pada Disember 1936 dan menyerahkannya kepada adiknya Albert atau lebih dikenali sebagai Bertie. Bertie tak mahu menjadi raja tapi telah menerima jawatan tersebut sebagai George VI.

George telah menjadikan abangnya itu sebagai Duke of Windsor. Namun gelaran itu tak mencukupi untuknya, selepas berkahwin dengan Wallis, dia meminta isteri barunya itu diberi gelaran sebagai “Her Royal Highness” namun permintaan tersebut tidak diperkenan oleh George. Edward juga turut mengharap untuk terus menerima elaun diraja dan sanggup menipu tentang status kewangannya untuk mempengaruhi adik beradiknya.

Edward kemudiannya terus menyusahkan George apabila pada Oktober 1937, Edward dan isterinya telah pergi ke Jerman dan berparti dengan Nazi serta berjumpa Adolf Hitler. Ketika Perang Dunia II, beberapa Nazi mahu menggunakan George sebagai sekutu sementara George sedang berusaha untuk memastikan negara selamat ketika perang dan enggan meninggalkan Istana Buckingham walaupun bandar itu sedang dibom.

Pada tahun 1940, Perdana Menteri Winston Churchill dengan persetujuan George telah menawarkan Edward untuk menjadi Gabenor di Bahamas sekaligus menjauhkan dia dan rakan Nazinya dari Eropah.

George kemudiannya mangkat pada 1952 di usia 56 tahun. Selepas perang Dunia Kedua berakhir, Edward pulang ke England untuk menghadiri pengebumian abangnya. Apabila Edward meninggal dunia pada 1972, Ratu Elizabeth II telah membawa mayat pakciknya ini ke negara asalnya dan kebumikannya di Istana Windsor.

4. Queen Elizabeth I dan Mary, Queen of Scots

1L8Q5J1Sjhjw00Ronw0Zaow

Mary, Queen of Scots dan Queen Elizabeth I of England tak pernah bertentang mata, namun tetap memusuhi satu sama lain sehingga membawa kepada kematian.

Mary, satu-satunya anak Raja Scotland, James V yang sah telah menjadi ratu pada tahun 1542 ketika dia berusia enam hari. Bila dia berusia 5 tahun, ibunya telah menghantarnya ke Perancis. Mary telah membesar di sana dan berkahwin dengan waris takhta Perancis pada 1558. Selepas bapa mentuanya meninggal dunia, suami Mary telah dilantik menjadi Raja Francis II, menjadikan dia ratu untuk Scotland dan Perancis. Namun begitu, suaminya meninggal pada 1560 dan Mary telah pulang ke Scotland 1561.

Pada 1565, Mary telah berkahwin dengan suami kedua yang gila kuasa, Lord Darnley. Dua tahun kemudian, Darnley dibunuh dan dalam masa beberapa bulan, Mary telah berkahwin dengan orang yang disyaki membunuh suaminya, Earl of Bothwell. Walaupun dia mungkin telah dipaksa untuk berkahwin, perkahwinan tersebut telah merosakkkan reputasi Mary.

Pada Julai 1567, Bangsawan Scotland  telah memintanya untuk meninggalkan takhta dan berikan takhta tersebut kepada bayinya, James. Mary telah melarikan diri dari dipenjara dan pergi ke England pada 1568.

Di England, Mary telah meminta perlindungan dari sepupunya, Elizabeth I. Tapi Elizabeth risau bakal kehilangan takhtanya kepada Mary ekoran kelahiran Elizabeth telah dianggap tak sah taraf selepas bapanya membunuh ibunya untuk berkahwin lain. Walaupun Elizabeth berjaya mendapatkan takhta dan menjadi ratu, ada yang percaya Mary lebih layak untuk menjadi Ratu England.

Selain itu, perbezaan kepercayaan agama di antara Katolik dan Protestan juga turut memainkan peranan dalam pergaduhan di antara Mary dan Elizabeth. Elizabeth merupakan seorang Protestan dan Mary pula Katolik. Mary yang kini berada di bawah penahanan rumah telah merancang bersama-sama pengikut Katolik untuk mengambil alih takhta. Perancangan tersebut telah dihidu oleh Elizabeth dan Mary telah didapati bersalah. Elizabeth telah menangguhkan hukuman ke atas Mary selama berbulan-bulan sebelum menandatangani waran kematiannya. Mary telah dibunuh pada 8 Februari 1587.

5. Cleopatra VII vs adik beradik

Cleopatra 464446319X 56Aa24275F9B58B7D000Fac9

Cleopatra VII telah mengambil alih takhta Mesir pada 51 Sebelum Masihi selepas kematian bapanya. Dia mempunyai pemangku takhta, adiknya yang berusia 10 tahun, Ptolemy XIII. Ketika zaman dinasti Ptolemaic ini, adik beradik sering berkahwin dengan satu sama lain. Jadi, Cleopatra telah berkahwin dengan adiknya dan mereka sering bergaduh tentang siapa yang patut memerintah.

Tapi, ketika tahun 48 sebelum masihi, Cleopatra telah meminta bantuan Roman ketika dia bercinta dengan Jeneral Rom, Julius Ceaser dan mengalahkan adiknya. Ketika cuba lari dari ketenteraan Ceaser, Ptolemy XIII telah lemas di Sungai Nil.

Cleopatra kemudiannya perlu berebut kuasa dengan adiknya yang lain, Ptolemy XIV. Selepas Julis Caeser dibunuh pada tahun 44 sebelum masihi, Cleopatra telah meninggalkan Rome dan pulang ke tempat asalnya dan pada tahun yang sama, Ptolemy XIV mati, mungkin diracun oleh Cleopatra. Anak lelakinya bersama Caesar, Caesarion telah menjadi pemegang takhhta bersama dengannya.

Adik perempuan Cleopatra, Arsino IV, telah cuba untuk mengambil takhta Mesir dan telah ditangkap dan di bawa ke Rome dan dia telah dijatuhkan hukuman mati di sana.

Selepas bergaduh dengan adik beradiknya, Cleopatra hanya berjaya untuk memerintah selama 10 tahun sebelum musuh kekasih barunya, Mark Antony telah membunuh Antony dan tentera Cleopatra pada tahun 31 sebelum masihi. Cleopatra telah membunuh dirinya sendiri selepas itu.

Sumber: Readers Digest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.