in

Dr Zulkifli Perjelas Tindakan Orang Islam Memboikot, Elak Berlaku Kezaliman Pada Sasaran Yang Salah

FT IMAGE LM 13

Lebih setahun Palestin bermandi darah akibat dibedil Israel. Dalam tempoh ini jugalah masyarakat di negara kita khasnya yang beragama Islam, menyertai gerakan boikot yang pada dasarnya bertujuan untuk menunjukkan tanda sokongan atau solidariti kepada rakyat di Palestin. Seiring dengan usaha itu, berpuluh francais yang dikatakan terkait dengan Israel khasnya dalam industri makanan, banyak ditutup.

HIMPUNAN SOLIDARITI PEMBEBASAN PALESTIN HcxARI NAKBA 1747389300

Artikel berkaitan : “Pekerja tempatan sahaja terkesan”- Individu Dakwa Boikot Tak Beri Kesan?

Artikel berkaitan : Jangan ekstrem & melampau; Menteri Agama Tegur Isu Ugut Individu Yang Tak Boikot

Isu boikot ini seringkali dibahaskan dari semasa ke semasa. Fast forward pada tahun 2025, kita mungkin mula melihat francais makanan yang dahulunya sunyi dan sepi, kini kembali dipenuhi dengan pelanggan beragama Islam.

Persoalannya, adakah perjuangan memboikot kini sudah kembali tipis sebab ramai dah tersedar akan kemudaratannya, atau adakah orang Islam sudah tidak melihat keberkesanannya dalam mengekang kekejaman Israel yang berterusan?

Baru-baru ini, Bekas Mufti, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil dalam sebuah rancangan bual bicara anjuran Media Prima Berhad dan NSTP berkongsi pandangannya tentang isu ini.

501820172 18402871243108583 5889625361290815896 n

Menurut Dr Zulkifli, orang Islam di negara ini perlu boikot berlandaskan ilmu, kerana sekiranya tidak, bimbang ia akan memudaratkan kepada sasaran yang tidak tepat.

“Kita buat sesuatu perkara itu bukanlah tidak betul, tetapi kadang-kadang berlaku sipi dan tidak mengenai secara sebenarnya. Kita nak hukum sesuatu mestilah sebuah gambaran itu jelas yang amat sangat. Jadi kalau tidak dapat satu kejelasan, gambaran yang nyata dan terang, maka boleh jadi kita telah membuat sesuatu keputusan yang tidak mengenai dengan sasaran sebenarnya” 

Dalam temubual itu, pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya turut bertanyakan satu persoalan yang mewakili netizen mengaitkan dengan amalan di dunia (boikot) yang akan memberi impak kepada balasan yang akan diterima di akhirat. Dr Zulkifli kemudian memberi retorik jawapan ini dengan hadis sahih riwayat Bukhari yang berpaksikan kepada “niat seseorang”. Terdapat 3 kisah yang dikongsi;

“Ada seorang lelaki yang memberi sedekah kepada pencuri, pelacur, dan orang kaya. Dalam situasi ini sepatutnya sedekah diterima oleh orang yang miskin, orang baik, dan orang soleh. Jadi sasaran dia tak kena, tak betul pun. Tapi apa yang berlaku, niat dia baik.. Akhirnya apa yang berlaku Rasulullah SAW berkata, dengan sebab dia sumbang tu, datang keinsafan kepada mereka yang menerima sumbangan..”

501777762 18402871222108583 9051519292230676361 n

502051098 18402871255108583 5717094629920703162 n

Hari ini, ketegangan yang berlaku di Palestin dengan berpuluh ribu angka nyawa syahid dicatatkan khasnya daripada golongan kanak-kanak telah meruntun hati dunia. Paparan di media sosial hampir setiap hari telah mendorong rasa simpati sekaligus, rakyat Malaysia turut beremosi.

Namun dalam keadaan beremosi, kita terdorong untuk mengambil tindakan yang dapat melempiaskan rasa marah dan kecewa dengan cara memboikot, mungkin kerana kita tidak nampak inisiatif lain yang lebih jelas.

photo 2021 05 27 19 13 52

Justeru itu menurut Dr Zulkifli lagi, boikot mengikut emosi tidak lagi bersifat kebenaran. Apatah lagi apabila ia dijalankan dengan skala yang besar, akan memberikan impak direct atau secara langsung kepada mereka yang menjalankan perniagaan.

“Ada boikot yang berdasarkan ilmu, ada yang berdasarkan emosi. Bila bermain dengan emosi, sudah tentu hukum tersebut lebih kepada rasa kasihan, bukan lagi rasa kebenaran. Jadi dari segi pelaksanaannya tidak sihat, beri kesan yang lebih parah. Contohnya, syarikat itu yang majoritinya pekerja islam, tidak pernah beri sokongan kepada bukan Islam”

“Kita juga perlu tengok, orang yang diboikot dia juga pembayar zakat tegar, banyak membuat welfare, donation, dan bantuan-bantuan. Bila kita mengecilkan keadaan diri dia, dari segi ekonomi, memang dalam rantaiannya akan membawa kepada kemudaratan. Akhirnya akan melemahkan ekonomi di Malaysia, umat Islam, keluarga, yang bergantung harap kepada perkara tersebut. Jadi, dalam perkara ini, kita kena berhati-hati”

Dalam perkara ini, Dr Zulkifli turut menerangkan hukum boikot yang terbahagi kepada 5, ia hukum yang wajib difahami, dan dipelajari oleh seluruh masyarakat Islam sebelum bertindak membuat keputusan untuk memboikot.

“Ada 5 hukum, boleh jadi wajib, boleh jadi sunat, boleh jadi haram. Apabila kita boikot sama-sama islam, yang mana dia ni tolong islam dan orang islam, yang itu tak boleh. Begitu juga boleh jadi makruh dan boleh jadi harus sahaja. Jadi bila kita tengok boleh jadi akhamul khamsah, hukum-hukum yang 5 ni mana yang dikategorikan, tahap mana permusuhan dia dengan islam itu sendiri maka di situlah akan keluar dan terbitkan hukum..” 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan Dr Zulkiflli yang menyifatkan apa-apa tindakan yang belum ada kepastian kesannya, perlu mendalami ilmu terlebih dahulu.

Begitu juga dengan soal bayaran royalty yang sering timbul, seperti yang dinyatakan di dalam buku beliau, Syeikh Sulaiman bin Sulaimullah al-Ruhaili adalah seorang ulama terkemuka yang berasal dari Madinah al-Munawwarah menyatakan,

“Ia adalah kejahilan (kekurangan ilmu) tentang realitikomersi al. Restoran seperti ini di setiap negara dikendalikan dan dimiliki oleh penduduk tempatan. Mereka hanya menggunakan hak jenama dan resipi.”

 

FT IMAGE LM 15

FT IMAGE LM 14

Program yang diterajui oleh pengacara, Hj Ahmad Noor Sulaiman ini jelas dianjurkan sebagai guidelines mengajak kita sama-sama berfikir, kewajaran untuk kita memboikot jenama terkenal khususnya restoran yang menerima tempias buruk setelah dikaitkan dengan Israel.

Selepas mengambil kira penjelasan ini, marilah kita audit diri sendiri dan tanyakan adakah kita sudah cukup ilmu untuk membezakan hukum memboikot, sama ada ia wajib, sunat ataupun haram? Adakah keputusan kita selama ini tepat berdasarkan ilmu dan panduan syarak, atau sekadar dorongan emosi semata-mata?

Sekiranya seseorang memilih untuk tidak memboikot atas sebab-sebab tertentu yang berlandaskan kefahaman agama yang sahih, itu juga tidak menjadi kesalahan. Bahkan, tiada dosa atau hukuman untuk terus makan di McDonald’s Malaysia yang jelas dimiliki dan diterajui oleh orang Islam atau jenama lain yang kononnya berkait dengan Israel. Ia jelas tidak termasuk dalam kategori yang diwajibkan untuk diboikot menurut panduan syarak.

Yang utama, kita terus mengekalkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai pengguna Muslim yang bijak dan berprinsip.

Sumber : TV3Malaysia Official