Menerusi laporan dari NST, Dr Shubash Shander Ganapathy yang mengetuai unit pusat penyelidikan Institut Kesihatan Awam berkata, kadar kematian di kalangan Melayu lebih tinggi dari bangsa Cina.
Jelasnya, perkara ini terjadi ekoran faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) yang lebih rendah dan amalan kesihatan yang lebih baik di kalangan orang Cina.
Dr Shubash berkata, Melayu telah mencatatkan lebihan kadar kematian sebanyak 11,158 berbanding Cina -4,054, India -565 serta lain-lain pada kadar 1,375.
Menerusi Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Hisham Abdullah menjelaskan, jurang yang ketara di kalangan Melayu dan Cina adalah disebabkan kadar obesiti, NCD seperti kencing manis dan darah tinggi di kalangan orang Cina adalah lebih rendah.
The excess mortality rate among Malays was higher compared to the Chinese community during the Covid-19 pandemic.
Malays recorded a surplus of 11,158 fatalities compared to the Chinese community with -4,054 in excess mortality, followed by Indians at -565 and others at 1,375.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 25, 2022
Bukan itu sahaja, kadar pematuhan SOP bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 juga turut dilihat lebih tinggi di kalangan orang Cina.
Manakala amalan 3Ws (pakai pelitup muka, jaga jarak, basuh tangan) di kalangan orang Melayu dilihat berkurangan dari 96% pada pertengahan 2020 ke 74.7% pada awal tahun 2021.
Manakala komuniti India turut menunjukkan kadar pematuhan SOP yang sama seperti Melayu, dari 94.3% menurun ke 74.7% pada jangka masa yang sama.
Hanya kaum Cina kekal tinggi dengan kadar pematuhan SOP sebanyak 95.6% dan hanya jatuh sedikit ke 84.8%.
Baca: “Tak pernah nampak varian merebak secepat ni” – Kematian Omicron Pertama Dikesan Di UK