in

Dr Aliff Zaki ‘Sekolahkan’ Individu Yang Pertikai Mangsa C*bul Di Masjid Tak Menjerit

ft kes masjid

Susulan dengan kes seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan seksual ketika sedang mengerjakan solat di masjid dekat Batang Kali baru-baru ini, ada segelintir golongan yang didakwa mempertikaikan mangsa tidak menjerit ketika serangan dilakukan terhadapnya.

Disebabkan itu, Dr Aliff Zaki rasa terpanggil untuk tampil memberikan respon bagi menjelaskan situasi seseorang ketika berdepan dengan serangan tersebut.

Artikel berkaitan : CCTV Rakam Lelaki Didakwa Buat Perbuatan Tak Senonoh Terhadap Kanak-kanak Di Masjid

Artikel berkaitan : ⁠Untuk Menjaga Kesucian Masjid Dan Keselesaan Jemaah, Arab Saudi Larang Rekod Siaran Langsung Solat Tarawih

Katanya jika seseorang itu berdepan dengan situasi yang getir, badan mangsa akan ‘menghidupkan’ 2 mode iaitu fight or flight (lari atau lawan), disebabkan itu badan si mangsa akan mengeluarkan banyak hormon yang dikenali sebagai kortisol dan adrenalin bagi merangsang tubuh badan untuk bertindak.

“Mata akan jadi kecil sebab perlu fokus, badan akan berpeluh sebab nak sejukkan badan, jantung akan jadi laju sebab perlukan darah sebanyak yang mungkin, pernafasan akan jadi laju sebab perlukan oksigen sebanyak yang mungkin untuk persediaan otot untuk kau melawan.”

“Sebab dalam situasi macam tu, kau takkan lari Mak Leha, takkan senyum-senyum, tak ada, kau akan gunakan segala kekuatan yang kau ada untuk selamat daripada situasi tu, (sebab) kau takkan pernah ada dalam situasi yang kau sangat takut sampai kau takkan boleh nak berkata-kata walau pun “ah” takkan terkeluar daripada mulut kau.”

Dalam situasi kes di masjid itu, Dr Aliff menjelaskan si mangsa masih lagi boleh melawan dengan cara tendang, kerana biasanya apabila seseorang berada dalam keadaan takut, badan tidak bergerak sebab tergamam.

“Untuk bercakap dia memerlukan satu kognitif yang kompleks. Kau kena fikir ayat kau kena tahu perkataan apa yang kau guna, kau kena tahu volume suara kau nak macam mana, maka dalam situasi macam tu, kebolehan kognitif adik tu terbatas dan benda tu bukannya dia sengaja.”

Boleh baca penjelasan selanjutnya di sini

@alepza11

Apa yang adik tu buat atau tak buat, tak patut dibincangkan. #dralphazaki

♬ original sound – Alpha Zaki – Alpha Zaki

Jelasnya, selepas ancaman tersebut, badan si mangsa akan rasa sangat letih dan mengantuk kerana sudah terlalu banyak mengeluarkan hormon dan jelasnya lagi, masyarakat tidak perlu menyalahkan mangsa dan mempertikaikan tindakannya. Sebaliknya fokus kepada usaha untuk membela nasib mangsa.

Sumber : TikTok