Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dikecam oleh netizen berikutan dengan perkongsian video daripada Ismail Sabri yang menggunakan MRT bersama Khairy Jamaluddin baru-baru ini.
Seperti yang kita maklum, Khairy Jamaluddin ketika menyandang jawatan Menteri Kesihatan telah menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka diwajibkan ketika berada di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan.
Peraturan yang beliau tetapkan ini ditetapkan sehingga ke hari ini biarpun tidak lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan.
Double standard ke? – Netizen
Oleh sebab itu, kecaman itu diberikan oleh netizen kerana dalam video tersebut, beliau dan Ismail Sabri tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam tren.
Lepas lepak dan makan di Jalan Alor, saya balik ke rumah naik MRT, dengan Khairy Jamaludin (KJ) dari Jalan Alor, ke Semantan.
Walaupun sudah jam 11 malam masih ramai yang menggunakan MRT. Ia sudah menjadi pengangkutan utama. pic.twitter.com/6nvWPB52ku
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) May 28, 2023
Dalam video yang berdurasi 1 minit 46 saat itu, dilihat bekas Perdana Menteri bersama Khairy Jamaluddin yang baru sahaja habis makan dan lepak ingin menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, MRT dari Jalan Alor, ke Semantan.
Jelas kelihatan mereka berborak bersama orang awam tetapi netizen perhatikan mereka tidak memakai pelitup muka walaupun sudah masuk ke dalam tren dan ia membuatkan netizen marah.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mengadu bahawa ramai orang sekarang tidak memakai pelitup muka dan menyarankan agar peraturan itu dilonggarkan sahaja.
Tapi sepanjang min naik tren peraturan memang ketat, pernah nampak ada orang kena marah dan kena halau sebab tak pakai mask, korang ada ke naik tren tengok orang tak pakai mask?
Baca : “Pergi balik Afrika” – Pakcik Maki Hamun Warga Asing Dalam Bas Gara-gara Terlupa Pakai Mask