in

“Dorang nk hidup normal macam orang lain”- Putera Harry, Meghan Buang ‘Title’ & Tinggalkan Keluarga Diraja

5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengejutkan!

The Duke dan Duchess of Sussex iaitu Putera Harry dan Meghan Markle membuat keputusan untuk tidak lagi bersama keluarga diraja.


Malah pasangan itu juga didakwa tidak lagi akan guna gelaran diraja selepas ini.

Pengumuman itu dibuat Harry dan Meghan dalam kenyataan di sussexroyal instagram pada malam tadi.

https://www.instagram.com/p/B7EaGS_Jpb9/

“Selepas berfikir panjang dan melakukan perbincangan dalaman selama berbulan-bulan, kami memilih untuk melakukan peralihan tahun ini untuk memulakan peranan baru yang progresif dalam institusi ini.

“Kami berhasrat untuk meninggalkan keluarga diraja dan bekerja secara bebas sambil terus beri sokongan penuh kepada Ratu Elizabeth”

“Dengan sokongan anda semua terutama sejak beberapa tahun kebelakangan ini kami bersedia membuat perubahan ini. Kami kini merancang untuk membahagikan masa kami antara United Kingdom dan Amerika Utara, dan terus menghormati tugas kami kepada Ratu”

Malah pasangan diraja itu turut menyatakan yang mereka akan berpindah ke Amerika Utara pada tahun ini.

Turut dibincangkan ialah mengenai masa depan Archie Harrison dan bagaimana untuk membesarkannya.

Putera Harry dan Meghan baru sahaja kembali ke UK selepas cuti krismas selama enam minggu di Kanada.

 

Mungkin dorang nak hidup macam orang normal kan.

Baca : Putera William Main Kayu Tiga Dengan Bestfriend Kate Middleton? Keluarga Diraja Enggan Komen

William

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.