Pesta buku sudah semestinya menjadi tempat yang paling digemari oleh ulat buku. Manakan tidak, dekat sini penggemar-penggemar buku boleh dapatkan koleksi buku dengan harga yang lebih murah.
Namun, Pesta Buku Selangor yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) yang telah bermula pada 27 Februari lalu dan bakal berakhir 8 Mac 2020 dikatakan lengang walaupun dah lima hari diadakan.
Menurut pengguna Twitter, Jarr Nadjmuddean, tidak ramai pengunjung yang datang ke pesta buku anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan dikatakan buku-buku hanya tersusun tanpa ada tuan.
Namun, rata-rata netizen menunjukkan reaksi yang berbeza sebab ada yang mengatakan mereka tidak tahu mengenai pesta buku tersebut.
Malah, ada sebilangan daripada mereka menyalahkan marketing strategy akibat kurang promosi dan media coverage.
Bagi mereka, mustahil orang Malaysia tidak suka pesta buku. Contohnya, kalau Big Bad Wolf diadakan, mesti beratur pengunjung nak kejar promosi buku-buku murah.
Namun, ada juga yang menepis dakwaan mengatakan pesta buku Selangor tidak mendapat sambutan sebab ramai je orang yang datang ke pesta buku yang bermula pada pukul 10 pagi sehingga 9 malam setiap hari. Ha, siapa yang betul ni?
Selain itu, ada juga yang mengatakan acara ini diadakan pada waktu yang kurang tepat sebab sekarang ini kan, negara kita baru sahaja mendapat Perdana Menteri yang kelapan. Jadi, berita tentang program ini seperti sudah ditenggalami oleh isu-isu negara.
Tapi, bukan salah penganjur jugak sebab manalah diorang nak tahu tiba-tiba nak tukar PM kan?
Mungkin juga kurang pengunjung sebab dua hari pertama pesta buku ini diadakan pada hari biasa dan bukannya pada hujung minggu. Logik jugak tu kan.
Untuk pengetahuan korang, ada poll yang telah diadakan oleh warga Twitter yang lain dan 87% daripada 331 pengguna Twitter tidak tahu tentang pesta buku tersebut. Jadi, sebenarnya kebanyakan diorang bukannya saja-saja taknak pergi.
So, kalau korang ada masa terluang tu, jangan lupa pergi pesta buku Selangor.
Baca: “Kenapa tak buat kat KL?” – MAEPS Serdang Dipilih Lokasi PBAKL 2020, Netizen Pakat Bantah