Bekas suami kepada Datuk A. Aida iaitu Ameng Spring berkongsi detik cemas apabila penerbit dan pengarah terkenal itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), baru-baru ini.
Ameng mendedahkan dia menerima panggilan daripada anak sulungnya yang memaklumkan jantung A. Aida terhenti 8 kali dan diberikan defibrilasi.
“Anak saya telefon sambil menangis teresak-esak. Saya ingatkan kucing dia mati sebab dia ada kongsi dalam sosial media tentang kucingnya yang sakit. Rupanya mama dia yang sakit.
“Lepas dapat panggilan, saya terus ke hospital bertemu anak saya. Dia beritahu tahu saya doktor suruh baca Yasin. Jantung mamanya sudah berhenti sebanyak lapan kali,” kongsinya.
Artikel berkaitan: Dimasukkan Ke ICU, Rakan Baik Kongsi A. Aida Sudah Boleh Makan, Bercakap
Artikel berkaitan: Dharma Harun Teruja A.Aida Bagi Tawaran Berlakon
Berkongsi lanjut, Ameng sempat melawat A. Aida dan melihat badan ibu kepada anak-anaknya itu sudah berselirat dengan wayar.
“Waktu itu saya sedar ini bukan sakit biasa-biasa. Tetapi sakit kronik. Pada mulanya saya syak dia kena serangan jantung disebabkan faktor umur. Tetapi rupanya dia mengalami komplikasi,” katanya.
View this post on Instagram
Dedahnya lagi, A. Aida terlantar koma selama empat hari dan sepanjang itu mereka melakukan bacaan Yasin dan solat hajat. Bagaimanapun, dia kini bersyukur apabila bekas isterinya itu sudah kembali sedar.
“Yang paling penting bila dia sedar, dia kenal anak dia. Maknanya otak dia masih berfungsi. Selalunya kalau orang sedar daripada koma mereka susah untuk ingat,” ujarnya.
Terdahulu, A. Aida yang baru menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu, rebah selepas menjalani sesi fisioterapi.
Sumber: Kosmo!