in

Doktor Sanggup Redah Banjir Naik Basikal Semata-mata Nak Tengok Pesakit Di Hospital

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, antara bahaya bila berlakunya banjir adalah apabila haiwan-haiwan berbahaya yang turut berada di dalam air.

Menyedari tentang bahaya ini, Dr Shathiskumar Govindaraju sanggup meredah banjir untuk ke hospital bagi memeriksa pesakitnya.


Menurut FMT, pakar kardiologi ini mahu ke hospital kerana ingin melakukan pemeriksaan ke atas dua pesakitnya yang ditempatkan di unit rawatan rapi dan seorang lagi pesakit jantung di Pusat Perubatan Bukit Tinggi, Klang.

Walaupun dihalang oleh isterinya yang memintanya untuk tunggu sehingga keadaan reda kerana kawasan rumahnya telah pun dinaiki air namun doktor ini tak boleh untuk menunggu lama dan membuat keputusan untuk meredah banjir menggunakan basikalnya.

Namun, saya mendapati hujan seperti tidak akan reda dan paras air semakin meninggi. Saya tidak dapat memandu pacuan empat roda (4WD) kerana kenderaan itu sudah separuh ditenggelami air. Jadi, saya ambil keputusan naik basikal sahaja.”

Pengalaman menakutkan

Dr Shathiskumar Govindaraju Flood Banjir Email Pic 672X420 1

Menurut Shatishkumar, pengalamannya yang terpaksa meredah banjir menggunakan basikal ini memang tak akan dilupakan kerana ketika dalam perjalanan dia turut terserempak dengan haiwan liar.

Ia pengalaman menakutkan kerana terserempak dengan beberapa ular dan biawak dan saya kena pastikan tidak berada berdekatan dengan haiwan terbabit.

“Ada dua tasik berdekatan, dan saya melihat beberapa ular dan biawak di sana. Tetapi, melihat haiwan itu di tasik dan melihat sendiri haiwan itu menelusuri banjir adalah dua pengalaman berbeza sama sekali.

“Syukur, haiwan yang berada berdekatan dengan saya adalah lipan saja.”

Namun begitu, doktor ini turut memberitahu yang dia telah mendapat pertolongan dari orang tak dikenali yang menawarkan bantuan untuk menumpangkannya ketika dalam perjalanan ke hospital dan sewaktu pulang ke rumah.

Saya melihat orang tidak dikenali sudah menghulurkan bantuan. Dalam situasi normal, kita mungkin tidak bercakap pun kalau berjumpa.

“Kebiasaannya, saya mengambil masa tujuh minit sahaja untuk sampai ke hospital dari rumah, namun semalam ia mengambil masa setengah jam kerana terpaksa berhati-hati meredah banjir.

“Jadi, saya bernasib baik orang yang tidak dikenali ini sanggup menumpangkan saya.”

Min setuju dengan apa yang Dr Shathiskumar ni cakap, bila berlaku apa-apa bencana atau kesusahan dekat Malaysia ni, ramai betul orang yang tak lokek membantu tanpa mengira bangsa.

 

Baca: “Dalam banjir pun onz!” – [VIDEO] Netizen Puji Penyanyi Zaiton Sameon Posing Ala MV Ketika Banjir!

Page Zaiton

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.