in

“Doktor minta banyakkan doa” – Keadaan Along Eyzendy Kritikal, Organ Dalaman Semakin Lemah

Along Eyzendy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keadaan kesihatan pelakon, Along Eyzendy dilaporkan semakin membimbangkan apabila pelakon berkenaan kini berada dalam keadaan kritikal dengan organ dalaman dikatakan semakin lemah.

Perkembangan terkini itu dikongsikan oleh rakan baiknya yang juga pelakon, Zalif Sidek, menerusi satu hantaran di Instagram selepas menerima maklumat daripada ahli keluarga terdekat Along.


“Doktor dah maklumkan organ dalaman Along semakin lemah dan mereka minta kami semua banyakkan doa serta reda dengan apa jua yang akan berlaku.

“Pasukan perubatan sudah buat yang terbaik. Sekarang ini kami hanya mampu berserah dan terus berdoa,” katanya.

Along Eyzendy
Along eyzendy

Artikel berkaitan: Nubhan Nafi Dakwaan Bibik Cium Anak Sakit, Jelaskan Situasi Sebenar

Artikel berkaitan: Doktor Pelatih Tidur M*ti Sampai Pesakit Di Wad Kecemasan Meninggal Dunia

Dalam pada itu, Zalif turut merayu orang ramai agar mengirimkan doa buat Along, 47, agar segala urusannya dipermudahkan.

“Mohon semua doakan sahabat kita Along, semoga dipermudahkan urusannya di dunia dan akhirat,” ujarnya.

Untuk rekod, Along kini dirawat di Hospital Serdang selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan pendarahan serius dalam perut.

Whatsapp Image 2026 02 07 At 3.59.53 Pm
Hantaran yang dimuat naik zalif di laman instagramnya, hari ini

Along Eyzendy atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz dimasukkan ke wad pada Jumaat minggu lalu selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan.

Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati doktor mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedunya.

Sumber: Instagram Zalif Sidek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.