in

Doktor Kongsi Sisi Baik Mydin, Tawar Pekerjaan Pada Golongan OKU Tanpa Perbezaan Gaji

mydin pekerja oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua tiga hari kebelakangan ini, nama pasar raya Mydin banyak disebut terutama sekali di media sosial Twitter ekoran dakwaan tweet berbaur sindiran oleh akaun rasmi Twitter pasar raya tersebut yang menggunakan nama aktivis terkenal, Caprice.

Pun begitu, dilihat syarikat berkenaan kekal tenang walaupun Caprice ingin mengeluarkan saman terhadap mereka.


Seorang doktor menerusi Twitter telah berkongsi sesuatu yang amat memberi inspirasi kepada orang ramai tentang pasar raya terkemuka di Malaysia itu.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan menceritakan ketika beliau sedang menjalankan tugas di Jabatan Perubatan Rehabilitasi antara skop kerjanya adalah mengeluarkan surat kepada syarikat-syarikat besar untuk pertimbangkan mengambil pesakit Orang Kelainan Upaya (OKU) bekerja.

Dalam thread yang ditulisnya itu, beliau memberitahu Mydin adalah antara syarikat yang amat mengalukan pekerja OKU.

“Ada beberapa pesakit yang saya usulkan bekerja di Mydin, antaranya seorang pesakit serebral palsi.

Beliau ada masalah pergerakan dan kognitif, buat kerja memang perlahan kerana masalah kawalan motor kasar serta halus, dan tak mampu menerima arahan yang bersiri (sequential) tapi mereka (Mydin) ambil beliau bekerja dengan gaji yang sama dengan bekerja biasa.

Saya sangat hargai.” tulisnya.

Selain itu, beliau juga menyatakan OKU juga perlukan pekerjaan bagi menampung perbelanjaan harian selain sebagai terapi buat mereka.

Menurutnya, tidak begitu ramai majikan yang ingin mengambil golongan tersebut bekerja dan beliau sangat bersyukur ada peluang untuk OKU berkembang di Mydin.

Semoga empayar Mydin sentiasa kukuh! 

Baca: “Bukan teh je, cili pun ada” – Caprice Nak Saman 30 Juta Tapi Mydin Malas Ambil ‘Port’?

Caprice Mydin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.