in

Doktor Hospital Tunku Azizah Selamat Pisahkan Kembar Siam Berusia 17 Hari, Catat Rekod Bayi Termuda & Terkecil

Header Kembar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 20 Mac lalu, pasukan bedah Hospital Tunku Azizah telah mencatat sejarah apabila berjaya memisahkan pasangan kembar siam berusia 17 hari yang bercantum di bahagian hati dan juga usus.

Prosedur pembedahan kembar siam yang dilahirkan pramatang itu diketuai oleh Datuk Dr. Zakaria turut mendapat ucapan tahniah dari Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah yang dizahirkan menerusi akaun Twitter rasminya @DGHisham.


“Tahniah kepada Hospital Tunku Azizah dan pasukan yang diketuai oleh Datuk Dr Zakaria kerana mereka mencipta sejarah kerana berjaya memisahkan pasangan kembar siam seberat 3.8kg berusia 17 hari menjadikan mereka yang terkecil dan termuda dalam siri Pembedahan Pemisahan Kembar kami” – DG Hisham

Tambahnya lagi di bahagian thread, pembedahan itu perlu dilakukan segera kerana pasangan kembar siam itu menunjukkan transfusi kembar luar rahim yang boleh mendorong salah seorang kembar mengalami kegagalan jantung.

Kembar 2

Menurut TheStar, pasangan bayi dengan berat 2.7kg setiap seorang selepas dibedah itu kini berada dalam keadaan yang stabil dan sedang ditempatkan di wad ICU Neonatal, Hospital Tunku Azizah.

“Real Grey’s Anatomy versi Malaysia”

Sementara itu, di bahagian replies dan juga quotes di akaun Twitter DG Hisham dipenuhi dengan ucapan tahniah dari netizen yang rata-rata turut bergembira selepas berita itu dikongsikan kepada umum.

Tak kurang juga yang turut samakan perkongsian itu seperti dalam siri-siri perubatan yang pernah menjadi fenomena contohnya Grey’s Anatomy, Romantic Dr Teacher Kim dan juga The Doctors.

Twt Full 7

Proses pembedahan untuk memisahkan kembar siam itu difahamkan mengambil masa selama 66 minit dan menjadikan ia kes kembar siam ke-26 di Malaysia yang berjaya dibedah setakat ini.

Tahniah diucapkan! Memang inspiring betul sharing DG Hisham ni… Semoga kedua-dua baby sihat sentiasa!

Baca: Ibu Lahirkan Bayi Kembar Atas Bot Masa Dalam Perjalanan Ke Hospital

Untitled 1 13

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.