in

“Doakan yang baik2” – Dilihat Bersama Pendakwah, Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh?

Aliff Aziz Sertai Tabligh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas beberapa siri kontroversi dan senyap seketika, penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz dilihat kini menyertai tabligh.

Ia susulan daripada beberapa perkongsian seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Taufik yang dimuat naik di akaun TikToknya.


Menerusi salah satu hantaran pendakwah berkenaan, kelihatan pelantun lagu Sayang Sayang itu sedang berada di salah satu masjid di Singapura bersama beberapa orang rakan jemaahnya.

Artikel berkaitan: Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah Berkhalwat, Mohon Kes Dibicarakan

Artikel berkaitan: “Dia sebaik-baik orang” – Pernah Sertai Jemaah Tabligh Bersama, Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz

Dalam pada itu, Ustaz Taufik meminta orang ramai tidak mudah menghukum seseorang hanya kerana khilaf yang dilakukan pada masa lalu.

“Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum manusia hanya dengan telinga?

“Doakan yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik dan mudah-mudahan pengakhirannya semuanya akan menjadi lebih baik,” tulisnya.

@ustaz.hj.taufik.ut

Murtabak Banjir Singapura. Allah swt kasi sedap 😋😍 #UT #murtabaksingapore #allahkasisedap #khurujfisabilillah #keluar3hari #masjidsmbawang #singapura

♬ Perjalanan Ke Syurga_Jay Jay – JIWANG A℘ieψAや™

Difahamkan, aktiviti keagamaan yang disertai penyanyi berusia 33 tahun itu berlangsung selama tiga hari.

“Mudah-mudahan suasana agama ketika keluar tiga hari ini akan menjadi medan tarbiah untuk kami islah diri dan belajar menjadi orang yang baik di sisi Allah SWT.”

Screenshot 2024 08 07 172329

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai, rata-rata netizen mendoakan perubahan Aliff.

Sebelum ini, Aliff pernah aktif bersama jemaah tabligh sekitar tahun 2021. Ketika itu, dia berkata mendapat hidayah untuk menyertai tabligh selepas melayari Instagram dan perkongsian beberapa selebriti lain.

Sumber: Kosmo!, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.