Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid baru-baru ini mengejutkan netizen selepas dilihat memuatnaik gambar dirinya yang tidak lagi berhijab selepas tiga tahun berhijrah.
Teruk menerima kritikan dan kecaman netizen, Mawar Rashid tampil memberikan penjelasan tindakannya itu menerusi satu hantaran di Insta Stories dan mengakui tindakannya itu tidak baik dan tidak patut dicontohi.
“Assalamulaikum semua, saya minta maaf saya tak angkat dan tak reply semua yang tanya keadaan saya. Saya baru on phone. Saya akan bagi statement di sini sahaja ya.”
Mawar juga mengakui tidak banyak yang ingin diperkatakan tentang isu menanggalkan hijab tersebut dan mengakui ianya bukanlah satu tindakan yang baik dan tidak wajar dicontohi.
Pun begitu, disebalik apa yang berlaku Mawar mengatakan dia masih berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Allah dan meminta orang ramai tidak mempertikai usahanya.
Dalam hantaran yang sama, Mawar juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pihak yang kecewa dengan tindakannya tersebut.
Artikel berkaitan : “Saya gagal” – Kongsi Gambar Tidak Berhijab, Mawar Rashid Mohon Maaf
Artikel berkaitan : “Sedap mata memandang”- Ini 8 Selebriti Yang Mula Berhijab Tahun 2020
Tambahnya lagi, dia sudah buat dengan sedaya upaya untuk istiqamah melakukan perkara tersebut (memakai hijab). Namun, dia gagal kali ini.
Pada masa yang sama, Mawar juga minta dirinya didoakan agar terus istiqamah dalam usaha untuk memperbaiki dirinya yang penuh dengan kekurangan serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang masih menyokong dan memberikan kata-kata positif buat dirinya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Mawar Rashid yang sebelum ini pernah mengumumkan berhijab sempena tahun baharu Hijrah telah memadamkan kesemua gambar ‘free hair’ di akaun Instagramnya.
Namun baru-baru ini dia mendedahkan dia tidak lagi bertudung dan kini dalam fasa untuk berehat dan bakal kembali sejurus dirinya lebih bersedia dari segi mental.
Sama-samalah kita doakan
Sumber : Instagram