in

“Doakan Keamanan Malaysia Terus Kekal” – Perdana Menteri Mohon Jemaah Haji Doakan Negara

Pm Najib Rosmah Haji Di Mekah Kaabah Solat Doa Zikir Muslim Islam Juga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim haji tiba lagi. Bagi mereka yang bakal menunaikan Rukun Islam yang kelima ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada pesanan ringkas yang dititipkan buat semua jemaah haji.

Menurut Berita Harian, Perdana Menteri meminta supaya jemaah haji mendoakan keamanan dan kedudukan Malaysia supaya sentiasa dalam lindungan Allah.


“Tunailah haji sedaya mungkin, tapi saya minta dalam doa kita (jemaah haji), mintalah pada Allah supaya Malaysia aman, berjaya dan terus disanjung tinggi semua pihak.” 

Beliau yang menghadiri majlis Selamat Jalan Jemaah Haji bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendoakan supaya para jemaah haji memperoleh haji yang mabrur serta selamat dalam menunaikan ibadah.

Img 20170724 Wa0015
sumber: myfokus

Turut hadir bersama dalam majlis ini, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Duta Besar Arab Saudi di Malaysia, Mahmoud Hussen Qattan; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Perdana Menteri juga sempat meluangkan masa bersalaman dengan sebahagian daripada kumpulan kedua jemaah haji yang membabitkan 420 orang yang berlepas menaiki kapal terbang ke Madinah pada 9.30 malam semalam.

Najib
sumber: myfokus
Img 20170724 Wa0011
sumber: myfokus

Dimaklumkan juga sebanyak 112 penerbangan dari Malaysia Airlines dan Flynas akan menerbangkan 30,200 orang jemaah ke Tanah Suci Mekah pada musim haji ini dengan penerbangan terakhir dijadualkan pada 26 Ogos 2017.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, menteri yang bertugas menyelia TH pada setiap tahun meminta pertimbangan meneruskan pemberian subsidi oleh kerajaan untuk manfaat jemaah haji.

Img 20170724 Wa0013
sumber: myfokus

Menurutnya, kos yang ditanggung jemaah haji tidak pernah naik, malahan ia merupakan komitmen kerajaan untuk terus menyumbang tetap kepada TH. Syukur alhamdulillah…

Malah kata beliau lagi, kerajaan telah menanggung hampir 100 peratus subsidi berjumlah RM9,570 berbanding kos yang dibayar jemaah iaitu RM9,980.

“Jikalau Tabung Haji tidak diselia dengan baik dan menjadi modal politik, siapa yang akan rugi? Ini adalah institusi kita yang mesti kita ambil perhatian. Disebabkan Tabung Hajilah kita mendapat banyak subsidi,” tambahnya lagi. 

Apa-apapun didoakan semoga jemaah haji selamat pergi dan pulang. Semoga semuanya mendapat haji mabrur! InsyaAllah…

Baca: Pasangan Berbasikal Sejauh 12,000KM Untuk Ke Tanah Suci

Berbasikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.