Menjaga anak autisme bukanlah satu perkara yang mudah dan sangat menguji ketahanan mental ibu bapa. Hanya mereka yang menghadapinya saja memahami keadaan itu.
Terbaru, penyanyi Shila Amzah menerusi perkongsian di Instagram mendedahkan bahawa anak sulungnya, Seth Uwais disahkan menghidap autisme tahap satu.
Menurut Shila, dia pada awalnya sudah menduga sama ada anaknya itu menghidap autisme atau ADHD, namun persoalan itu terjawab setelah ia disahkan oleh doktor di hospital.
View this post on Instagram
Dia berada di tahap satu, autisme dia. Doktor sarankan dia jalani terapi dan hantar juga ke sekolah yang menerima kanak-kanak autisme.
“So bila dah confirm bolehlah kita tahu apa yang boleh buat, tak boleh buat sebagai ibu bapa. Macam-macam cara kita nak mendidik anak-anak kita,” katanya.
Shila mohon orang ramai mendoakan anaknya, Seth Uwais boleh membesar dan belajar dengan baik di masa depan.
Doakan kami sebagai mak bapa yang menjaga anak autistik, semoga kami boleh menjaga dia dengan baik dan mendidik dia dengan baik,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen sokongan daripada netizen yang mendoakan semoga Shila dan Ubai kuat menghadapi dugaan ini.
Semoga Seth Uwais jadi anak yang soleh dan berjaya di masa hadapan.
Sumber: Instagram