in

“Doakan baik-baik” -Terima Teddy Bear Besar Dari ‘Mr. Secret’, Enot Tunjuk Bukti Ada Teman Lelaki?

enot teddy bear

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh baru-baru ini tentang status perhubungan pelakon Aliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot yang didakwa mempunyai hubungan songsang dengan seorang pengkid sehingga menimbulkan pergaduhan dengan rakan baiknya, Didie Alias.

Pun begitu, Enot menolak dakwaan itu dengan memberi bayangan dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang lelaki yang digelarnya, Mr. Secret.


Dalam video TikTok miliknya, Enot memanggil jejaka itu dengan panggilan baby serta berterima kasih kepadanya kerana memberikannya teddy bear bersaiz besar kerana pelakon filem Kau Takdirku itu sedang tidak sihat.

https://www.tiktok.com/@enot7812/video/7270365008200994066?lang=en

“Hari ini ada orang bagi kita teddy bear la, sebab kita tak sihat. Terima kasih baby,” katanya.

Lebih meyakinkan, jejaka yang berada di sebalik kamera itu turut mengucapkan I Love You kepadanya dan Enot membalasnya dengan penuh manja.

Terbaru, Enot turut berkongsi video dia dan teman lelakinya itu sedang menikmati pemandangan di pantai, bagaimanapun wajah jejaka berkenaan ditutup dengan emoji. Penuh rahsia ya! 

https://www.tiktok.com/@enot7812/video/7270803239732251922?lang=en

Salam miss u so much Mr Secret hope to see u soon ok, I tau u tu superbuzy man so take time sikit ok kat i ok baby! Majuk lagi nanti baru tau! Jumpa kat KL nanti k love u,” tulisnya di kapsyen.

Selain itu, Enot turut meminta peminat serta pengikutnya untuk sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Baca: “Tok Kadi mana yang boleh nikahkan aku?” – Enot Nafi Sudah ‘Berkahwin’, Masih Tahu Hukum Agama

Enot Nafi Berkahwin Pengkid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.