in

Diumumkan Sebagai Wabak 3 Tahun Lalu, WHO Isytihar Covid-19 Bukan Lagi Kecemasan Global

1cv19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga tahun lalu, dunia digemparkan dengan wabak Corona Virus (Covid-19) yang boleh meragut nyawa. Atas faktor ancaman itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan wabak Covid-19 sebagai pandemik.

Screenshot 2023 05 06 at 11.06.44 AM

Terkini pada Jumaat, WHO telah mengisytiharkan Covid-19 bukan lagi ancaman kesihatan dunia seperti beberapa tahun yang lalu. Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, beliau mendapat saranan untuk menamatkan status Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC) dan bersetuju untuk menerima nasihat itu. Pengumuman itu dibuat semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan ke-15 di London baru-baru ini.


Screenshot 2023 05 06 at 11.06.18 AM

Memetik laporan Reuters, Ghebreyesus berkata, selepas lebih setahun, pandemik Covid-19 telah menunjukkan trend penurunan. Tambah beliau lagi, trend penurunan ini membolehkan banyak negara kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum pandemik yang membawa maut itu melanda dunia.

Screenshot 2023 05 06 at 11.07.11 AM

Untuk rekod, WHO telah mengisytiharkan Covid-19 sebagai darurat kecemasan awam pada Januari 2020, iaitu selepas kira-kira 6 minggu virus itu melanda. Pengisytiharan pada tahun 2020 itu membolehkan masyarakat antarabangsa memberi tumpuan kepada ancaman kesihatan dan bekerjasama dalam rawatan dan penghasilan vaksin.

 

Baca: Arcturus, Varian Covid-19 Terbaru Sudah Masuk Ke Malaysia

Screenshot 2023 05 06 at 11.04.45 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.