Dalam diam, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali mengejutkan ramai apabila dia memaklumkan bahawa sudah mendirikan rumah tangga dengan Siti Zulaiika yang juga rakan niaganya itu pada Isnin lalu.
Perkara tersebut mendapat perhatian bekas isterinya, Shakilla Koriri yang mendakwa Fizi tidak jujur ketika mengambil anak mereka, Ameena Sofia pada Ahad lalu dengan memberi alasan bahawa ingin membawanya ke taman tema air.
Artikel berkaitan: Shakilla Khoriri Terkejut Fizi Ali Bernikah, Hanya Diberitahu Ingin Bawa Anak Ke ‘Waterpark‘
Artikel berkaitan: “Bermula satu hidup baru” – Lepas 2 Tahun Menduda, Fizi Ali Bernikah Dengan Rakan Niaga
Fizi Ali tunai janji bawa anak ke waterpark
Tidak mahu hal tersebut berpanjangan, Fizi Ali menerusi posting di Instagram memaklumkan bahawa dia akhirnya mengotakan janji membawa anaknya, Ameena ke taman tema air.
Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 36, juga dilihat gembira beriadah bersama isteri baharu serta anak tirinya semalam.
View this post on Instagram
Hari ini daddy dan mama bawak anak-anak pergi waterpark. Dari pagi sampai ke malam jalan. Penat dorang duk main-main.
“Tidurlah sayang. Awak berdua tak salah. Maafkan daddy dan mama kalau ada terkurang,” tulisnya.
Selain gambar mereka di waterpark, Fizi juga menyelitkan gambar anaknya dilihat sedang tidur lena di sisi kakak tirinya sambil memegang tangan.
Posting berkenaan telah menerima pelbagai komen netizen yang mendoakan semoga Fizi dan keluarga baharunya baik-baik sahaja.
Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla tahun 2018 sebelum bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ameena Sofia yang berusia 4 tahun.
Sumber: Instagram