Siapa yang tak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza? Tahun ini saja, penyanyi kelahiran Pahang ini sudah mengadakan tiga buah konsert dengan konsert ‘Cinta Di Awan’ dikatakan yang terakhir bagi tahun ini.
Walau bagaimanapun, timbul kata-kata sinis di media sosial yang mengatakan penyanyi tersebut tidak mempunyai ‘job’ kerana sering muncul membuat live promosi produk keluarannya, Simplysiti di TikTok dan Instagram.
walaupun ada pihak mentertawakan Siti Nurhaliza sbg “artis takda job” hanya sebab buat live promosi produk di TT / IG (bagi jobs kat orang), Siti tetap meneruskan target kehidupan tanpa peduli kata2 nista itu..
terima kasih Siti kerana terus berjalan, berkongsi rezeki & membumi https://t.co/ZxysJ03ZDO pic.twitter.com/iC8my1tSHC
— 고운 흰 천 (@BAD_ARSILA) September 2, 2024
Artikel berkaitan: “Patut ramai sayang” – Netizen ‘Throwback’ Siti Nurhaliza Bantu Lakukan CPR Kepada Arwah Yasmin Ahmad
Artikel berkaitan: Ramai Persoal Lantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sebagai Pakar Di UM, Ini Penjelasan Netizen
“Macam mana boleh kata DCT tak ada job?”
Kenyataan ini walau bagaimanapun telah dibidas anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid yang pelik dengan pandangan netizen terhadap ibu tirinya.
Menurutnya, tahun ini sahaja Datuk Siti sudah mengadakan beberapa konsert, malah ibu tirinya juga tidak sempat untuk berehat pun kerana komitmen kerja.
Simplysiti ialah sebuah perniagaan dan perniagaan perlukan marketing dan promosi juga. Nampaklah busy macam mana pun, Simplysiti tetap di hati,” katanya.
Posting tersebut juga mendapat sokongan netizen yang juga mengakui penyanyi tersebut memang sangat aktif pada tahun ini.
Rasanya bukan TokTi je rajin yang buat TikTok live, ramai artis sekarang kalau berbisnes memang gunakan platform sosial media untuk promosi produk.
Sumber: X