Tular sebuah video seorang TikToker meluahkan rasa bengang terhadap seorang influencer makanan kerana ulasannya telah menyebabkan perniagaan peniaga terjejas.
Dalam video tersebut, TikToker yang juga food reviewer mendakwa tindakan seorang influencer makanan ini yang begitu jujur dalam mengulas menu telah menyebabkan kedai tersebut tiada pelanggan disebabkan menerima rating terlalu rendah.
Menurutnya lagi, influencer terbabit sepatutnya lebih berhati-hati dalam memberi ulasan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada peniaga kecil.
Artikel berkaitan: “Maafkan Auntie Ja” – Dapat ‘Review’ Rendah Untuk Aiskrim RM18, Auntie Ja Terima Dengan Positif
Artikel berkaitan: “Thanks Jason!” – Dapat Review 4.2 Dari Jason, Kieda Crepe Tak Melatah!
“Kau nak tolong peniaga atau nak menjahanamkan peniaga? Orang tak panggil review, jangan datang. Janganlah jujur sangat,” katanya.
@ceokakireview yang faham,teruskan faham,yg dh tau kita terus support peniaga² bangsa kita sendiri..
‘Saya juga pelanggan’ – Jason
Jason yang merasakan dirinya yang disebut individu terbabit tampil membalas kenyataan tersebut.
Jelasnya sebagai pencipta kandungan, dia juga seorang pelanggan dan tidak salah untuknya memberikan ulasan jujur jika makanan yang dirasai tidak sedap atau sebaliknya.
“Dia suruh saya jangan jujur sangat geng, sebab review jujur saya telah membuatkan kedai tiada orang.
“Awak rasa kedai tiada orang sebab ulasan jujur saya atau memang majoriti kata tak sedap?
“Macam MKBHD cakap, ‘adakah review teruk yang bunuh syarikat atau produk teruk yang bunuh syarikat?” soalnya.
Pada masa yang sama, Jason juga menyindir ada beza di antara mengulas dan mempromosikan makanan.
@scaredtodie my plan was to review gastro hub today but
Individu nafi sebut nama & sentuh isu bangsa
Susulan video Jason itu, individu terbabit sekali lagi tampil dengan video lain untuk menjelaskan mengenai video sebelumnya.
Katanya, dia tidak ada menyebut nama Jason sebelum ini dan ramai lagi pencipta kandungan bangsa lain yang dikenalinya, malah dia juga tidak ada menyentuh soal bangsa lain.
@ceokakireview ramai yang tak faham,ni ak terangkan supaya korang lebih faham
Dalam pada itu, dia menegaskan food reviewer sepatutnya hanya beri ulasan jujur dalam video jika sedap, tapi kalau makanan terbabit tidak sedap hanya perlu berurusan dengan pemilik kedai sahaja.