in

Ditemui Di Laut Dengan Kesan Serangan Haiwan, Pencipta Anime Yu-Gi-Oh! Meninggal Dunia

2Ygo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pencipta anime Yu-Gi-Oh!, Kazuki Takahashi telah meninggal dunia ketika sedang melakukan aktiviti snorkelling di perairan barat daya Jepun baru-baru ini.

Screenshot 2022 07 09 At 1.38.59 Pm

Menurut sumber dari The Star, jasad Takahashi ditemui terapung kira-kira 300 meter dari persisir sebuah pantai di Okinawa pada Rabu lalu. Artis berumur 60 tahun itu ditemui oleh seorang pengusaha aktiviti marin yang kebetulan berada di kawasan itu.


Pihak pengawal pantai dan bomba bergegas ke kawasan itu selepas mendapat laporan. Ketika ditemui, Takahashi masih terapung dalam keadaan muka menghadap ke dasar laut dan masih mengenakan topeng snorkelling. Pihak berkuasa percaya beliau telah meninggal dunia sekitar sehari-dua sebelum ditemui. Screenshot 2022 07 09 At 1.39.26 Pm

 

Pihak berkuasa juga mengatakan terdapat kesan serangan haiwan pada badan Takahashi dan mereka percaya serangan itu adalah dari ikan jerung. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan kematian Takahashi masih dalam siasatan dan maklumat terperinci masih belum didedahkan.

 

Baca: 7 Siri Anime Terpanjang Dunia, Ada Yang Dah 50 Tahun Bersiaran

Screenshot 2022 07 09 At 1.36.50 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.