Rogol merupakan jenayah yang berat di negara kita, mangsa-mangsa rogol ini mempunyai trauma yang melampau baik dari segi fizikal atau mental. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa jenayah berat ini tanpa mengira jantina, usia mahupun status.
Seorang lelaki berusia 20 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Muar atas pertuduhan merogol kenalan bawah umur sehingga melahirkan anak dua tahun lalu.
Artikel berkaitan: 2 Polis Ditahan, Didakwa Ugut Minta Duit & Rogol Pelajar Kolej Perempuan
Artikel berkaitan: 2 Lelaki Rohingya Ajak Remaja 15 Tahun Bersiar-siar, Sebelum Rogol Dalam Kereta

Lebih memeritkan, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Mohamad Haidil Haiqal bakal melangsungkan perkahwinan bulan hadapan, malah tunangnya turut menemaninya ketika dia berada di mahkamah.
Menurut laporan Harian Metro, pertuduhan menyatakan dia yang bekerja di kebun kelapa sawit didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun di sebuah rumah di Kluang, dengan kejadian itu berlaku antara Mei hingga November 2022.
Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum ini, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah mangsa rogolnya itu sudah pun melahirkan anak seminggu selepas dia ditahan polis, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas bayi yang dilahirkan mangsa mendapati, ia sepadan dengan tertuduh.
Mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Sumber: Harian Metro
 
					 Syaziyah Sharif
							Syaziyah Sharif
					