in

“Ditahan reman tak semestinya mereka dituduh” – Reina Lum Perjelas Isu Penahanan Ibu Bapa Zayn Rayyan

Ft Zayn Rayyan Reina Lum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, ibu bapa kepada kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu telah ditahan reman selama 7 hari di Mahkamah Majistret.

Menerusi Berita Harian, Majistret Ainaa Muhammad Kamal mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Difahamkan, ia adalah berdasarkan perkembangan terbaharu yang diperoleh dalam siasatan polis berhubung kes itu.

Artikel berkaitan : Ibu Bapa Zayn Rayyan Ditahan Bagi Membantu Siasatan, Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Artikel berkaitan : “Saya berdoa kes ini berjalan lancar” – Peguam Tidak Lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan Yang Direman

Bagaimanapun, penahanan reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan membuatkan pempengaruh yang sering berkongsikan mengenai hal undang-undang ini tampil memberikan penjelasan.

Jelasnya, tindakan ini adalah satu perkara asas apabila siasatan dijalankan tidak boleh menemui suspek dari luar, pihak berkuasa menyiasat kes itu secara ‘dalaman’ pula.

Reina Lum juga turut memberikan satu gambaran kes untuk kita mudah fahami, misalnya macam kes rompak salam satu rumah itu.

“Kalau awak dah tak jumpa orang dari luar yang nak rompak rumah awak, awak kena tengok siapa kat dalam yang boleh buat kerja tu. Jujur saya cakap ia adalah sebahagian daripada menghapuskan apa-apa kemungkinan sebab sebagai penyiasat memang kena semak semua aspek.”

“Tak semstinya orang itu ibu bapa atau orang yang dipercayai terus ruled out (terkecuali) jadi suspek.”

@reinalum

Replying to @fabulousbyrini Reina actually nak tunggu keputusan polis. The actual charge is not done yet. Tapi mungkin sebab parents dia kena tahan siap baju oren, orang terus buat spekulasi.. #fypmalaysia #zaynrayyan

♬ original sound – Reina Lum – Reina Lum

Jadi, dalam kes Allahyarham Zayn Rayyan ini, Reina menjelaskan bahawa pihak polis sendiri sedang menyiasat dari setiap sudut yang baginya ia adalah satu perkara yang sepatutnya dilakukan.

“Korang kena faham ditahan reman ini tidak bermaksud mereka di ‘charge’ (didakwa), maksudnya mereka hanya di dalam, untuk tolong siasatan itu.”

Reina juga turut menegaskan bahawa segala laporan mengenai testimoni yang bercanggah atau penemuan bukti baharu itu adalah spekulatif semata-mata.

Pun begitu, Reina turut menasihati orang ramai agar tunggu keputusan polis, jangan cepat buat andaian biarpun kita semua prihatin dengan kes ini demi mendapatkan keadilan buat adik Zayn Rayyan.

Sumber: TikTok, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.