Pusat Kawalan Sumud Flotilla Nusantara (SNCC) terkini mengesahkan bahawa kesemua 12 delegasi Malaysia yang telah ditahan di Israel kini berada dalam keadaan selamat.
Ketua pengarahnya, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, sehingga kini mereka semua masih ditahan di atas kapal masing-masing.
Artikel berkaitan : Flotila Dijangka Masuk Zon Merah 3 Jam 9 Malam Waktu Malaysia, Kerajaan Jamin Sediakan Bantuan Buat Keluarga 34 Peserta
Artikel berkaitan : Israel Siap Sedia Halang Kapal GSF, Ini Mungkin Apa Yang Akan Berlaku Terhadap Semua Aktivis
Tepis spekulasi orang Malaysia diseksa
Jelasnya, SNCC telah mengesahkan bahawa tiada laporan berkenaan dengan bunyi tembakan dan mereka menafikan tentang spekulasi yang mengatakan bahawa delegasi Malaysia diseksa.
“Kami yakin semua delegasi kita diperlakukan dengan baik kerana apa saja maklumat yang kita terima adalah maklumat yang langsung daripada delegasi Malaysia.”
“Kami juga dapatkan maklumat delegasi bukan Malaysia di atas kapal yang kita hubungi serta laporan daripada semua sudut,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.”
Jelasnya, tiga delegasi mengesahkan bahawa mereka nampak kapal rejim itu berpusing 2 ke 3 kali dan seterusnya menembak air yang berkelajuan tinggi untuk menakutkan dan melemahkan semangat.
“Untuk delegasi seramai ini yang mewakili 45 negara, bukan negara Asia sahaja, tetapi juga negara Eropah dan ada negara NATO seperti Turkiye.”
“Dan pastinya untuk kali ini antara sebab mereka belum melakukan apa-apa walaupun mereka ada peluang itu kerana dunia sedang melihat.”
“Jadi untuk saat ini kita boleh simpulkan keseluruhan delegasi kita dalam keadaan selamat, diyakini, ditahan di atas kapal.”
Tambahnya, formasi terkini juga dapat dilihat berubah daripada bulat dan ia dibuat seolah-olah mengiring untuk diiring keluar untuk ke satu lokasi yang masih belum diketahui.
Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan prosedur operasi standard (SOP) untuk membuang telefon ke laut kononnya untuk menyembunyikan maklumat sulit.
“Ia memang menjadi SOP (prosedur operasi standard) yang telah dilatih ketika mereka di Itali, Barcelona, Tunisia dan Greece.”
“That’s why (sebab itu) kalau tengok dalam CCTV kenapa mereka berkumpul di atas dek, mereka angkat tangan untuk menyatakan bahawa tidak bersenjata. Dan sebelum melakukan itu kapten di atas kapal akan memutuskan bahawa adakah masanya untuk mereka campakkan handphone mereka.
“SOP untuk misi ini bertujuan supaya pihak rejim tidak mengambil telefon delegasi, selain mengelak maklumat peribadi dipintas, melihat hal peribadi dan sebagainya.”
Di samping itu, Kementerian Luar Israel berkata, Kementrian Luar Israel berkata, pihaknya akan menghantar pulang kesemua delegasi dari Global Sumud Flotilla (GSF) yang dipintas oleh tentera lautnya itu akan dihantar pulang ke Eropah. Di samping itu mereka turut mengesahkan bahawa kesemua yang dipintas itu berada dalam keadaan selamat.
“Penumpang Hamas-Sumud di atas kapal layar mereka menuju ke Israel dengan selamat dan aman, di mana prosedur pengusiran mereka ke Eropah akan bermula. Penumpang selamat dan dalam keadaan sihat,”
Sumber : Harian Metro 1, Harian Metro 2